Penularan wabak COVID-19 di Malaysia menyebabkan sejumlah 158,434 kes jangkitan dilaporkan setakat 17 Januari 2021. Sehingga tarikh itu juga, hanya kawasan Cameron Highland di Pahang yang berada dalam zon hijau dan selebihnya zon merah, kuning dan jingga. Menurut infografik pergerakan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beberapa zon di Sarawak juga masih lagi berada dalam zon hijau. Setakat 17 Januari 2021, terdapat 3,339 lagi kes baru COVID-19 dicatatkan, dengan pertambahan 7 lagi kes kematian dengan kes aktif kini meningkat kepada 37,782 kes.
Sumber: Era.je |
supernaturalee replied at 18-1-2021 12:59 AM
Klu xde sekatan rentas neg dgn daerah mau menderu org p naik Cameron dgn berita hijau ni
pu3_rania replied at 18-1-2021 10:53 AM
Setuju
Ini ada Uni yang dah arahkan students balik ke campus
Hari tu KPT announced start bulan ...
KIM.K replied at 18-1-2021 07:05 AM
Cameron Highland takda klinik kesihatan ke. Asal swab test je lari ke kaki gunung
Komen bodoh aku
ADVERTISEMENT