CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKP 2.0 Boleh Ubah Suai Rumah?

19-1-2021 06:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8344| Komen: 24

Berbeza dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdahulu pada 18 Mac 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan lebih banyak aktiviti ekonomi diteruskan beroperasi khususnya di lima sektor ekonomi.


Kelima-lima sektor ekonomi yang dimaksudkan adalah pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi.

Menyentuh kelonggaran kepada sektor pembinaan tidak pula dinyatakan dengan jelas oleh Kerajaan apakah dibenarkan pengubahsuaian rumah kediaman dalam keadaan PKP 2.0?



Ini kerana ada kontraktor yang mengupah pekerja dari Indonesia untuk meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian rumah termasuk pada hari Sabtu (hujung minggu) dalam tempoh PKP 2.0 dilaksanakan.

Kebenaran yang diperoleh oleh tuan rumah untuk membenarkan pekerja kontraktor membuat kerja-kerja pengubah suaian rumah atau kediaman persendiriannya dalam PKP 2.0 dilaksanakan adalah ‘mengagumkan’.


Menyentuh kelonggaran kepada sektor pembinaan tidak pula dinyatakan dengan jelas oleh Kerajaan apakah dibenarkan pengubahsuaian rumah kediaman dalam keadaan PKP 2.0?

Ini kerana ada kontraktor yang mengupah pekerja dari Indonesia untuk meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian rumah termasuk pada hari Sabtu (hujung minggu) dalam tempoh PKP 2.0 dilaksanakan.

Kebenaran yang diperoleh oleh tuan rumah untuk membenarkan pekerja kontraktor membuat kerja-kerja pengubah suaian rumah atau kediaman persendiriannya dalam PKP 2.0 dilaksanakan adalah ‘mengagumkan’.

Itulah sebabnya Kerajaan perlu secara khusus atau spesifik dalam memberi kelonggaran atau kebenaran kepada sektor pembinaan untuk terus beroperasi.

Jika sektor pembinaan yang dimaksudkan di sini adalah pembinaan bangunan mencakar langit, itu boleh diterima tetapi apakah pengubah suaian rumah kediaman juga diletakkan di bawah kategori sama dengan sektor pembinaan?

Alasan diberikan kebenaran dan kelonggaran kepada sektor-sektor berkaitan dengan ekonomi untuk terus beroperasi adalah sebagai langkah untuk memastikan kelancaran pembekalan keperluan asas harian, perdagangan antarabangsa dan rantaian bekalan kepada industri, infrastruktur kritikal dan juga kerja-kerja kecemasan tidak terjejas.

Itulah kata-kata Muhyiddin perutusan khasnya yang cuba untuk seimbangkan di antara PKP, kekangan wabak Covid-19, bantu rakyat dan pacu ekonomi negara.


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote domestobot 19-1-2021 06:37 AM
memang habis le kalau tak dapat nak renovate rumah awal tahun ni. gerenti tak sempat nak siap sebelum raya bulan Mei ni.
Quote songhara1226 19-1-2021 06:54 AM
domestobot replied at 19-1-2021 06:37 AM
memang habis le kalau tak dapat nak renovate rumah awal tahun ni. gerenti tak sempat nak siap sebelu ...

X pe x siap pon, tahun ni pon mesti PKP waktu raya
Quote makadek 19-1-2021 07:08 AM
Pkp 1.0 aku antra kmurungn ..rumah terbengkalai...2.0 ngam2 rumah siap.syukur
Quote dodolgemok 19-1-2021 07:23 AM
Dh kalau semua benda boleh jalan, xpayah sebut pkp dan darurat lah, sebut jah pkpb tapi xboleh rentas negeri. Apa ke bengap lah gomen ni, sendiri xpaham apa itu pkp, tpi berebut nak announce pkp bagi nmpak buat kerja.
Quote Megikari 19-1-2021 10:20 AM
Depan rumah aku ni ha, dari pukul 8 sampai 6 greenggg groonggg kelentang kelentung bunyi orang renovate rumah dah berminggu2 dah. Pekerja dia pun selamba berlonggok ramai2 mcm takde pkp pun. Yang menyampahnya parking lori tengah2 dunia, pastu dah nampak orang nak keluarkan kereta/lalu jalan tu pun boleh buat muka toya je xnak alih lori
Quote Artemesiaa 19-1-2021 10:23 AM
Pasti dibenarkan kan ke ramai yang alamai kerosakan rumah akibat banjir dan angin kencang jadi yang nak extend  rumah pun pasti boleh tompang sekaki.  
Quote kechikchomel 19-1-2021 10:49 AM
kat area rumah iolss ni. sebelum pkp 1.0 ada sorang acik ni dah start dah buat rumah. nampak la tapak rumah tu. pastu pkp. tak dapat la nak buat. masa pkpb pun dorang tak sambung kerja. bila ntah dorang sambung balik kerja tu. sebelum akhir tahun, nampak dah la bentuk rumah tu.  masuk pkp 2.0 pun tak siap jugak. 2-3 hari pertama pkp 2.0 tak nampak lak orang  buat kerja. lepas tu baru nampak 3-4 orang buat kerja.
Quote Adrif 19-1-2021 06:56 PM
kechikchomel replied at 19-1-2021 10:49 AM
kat area rumah iolss ni. sebelum pkp 1.0 ada sorang acik ni dah start dah buat rumah. nampak la tapa ...

rumah sebelah kita ni, pun baru bina
haritu 2 orang je yang buat berbulan-bulan
elok darurat, pkp, tiba2 datang segerombolan geng mereka, dekat 10 orang tung tang tang, harini dah naik bumbung. punya la laju
Quote Kitty_catz 19-1-2021 07:00 PM
Edited by Kitty_catz at 19-1-2021 07:02 PM

area umah meols smua stop, termasuk la bunglow 3 tingkat with swimming pool kat tepi ni ha

sujud syukurrrrr la ke abahcow.. dia punya ketang ketung piling tu boleh jadi onggilerrrrr
mgmt my estate tak bagi pelepasan, samada naikkan bunglow baru, or any kind of renovation, sbb moslty workers kena masuk hari2, mmg tak boleh tido kat site
Quote Madel 19-1-2021 07:06 PM
Tukang yg buat rumah aku ni pulak ckp, boleh kalau nak teruskan renovate rumah
Tapi uncle tu ckp..
Tuan rumah kena daftar MySejahtera
Pekerja tukang tak lebih dari 3 org, itu pun pekerja yg mendaftar or ada lesen (ni masalah juga sbb kebanyankan tukang tu org indon )
Digalakan pekerja tukang tu duduk kat umah yg tengah direno (ini masalah juga sbb kalau umah kosong ok la kot depa nak duduk, tpi rumah aku bukan nak renovate bbyk pun)..takat pecah dinding, repair toilet, besarkan dapur/bilik.
Itu kata uncle kontrak tu la, entah betul ke tidak
Ujung2 bapak aku ckp..stop je la kerja tu dulu smpai abis pkp.
Tenguk mcm mana nnti
Quote Elle_mujigae 19-1-2021 07:10 PM
tak boleh la... kat area rumah kita ada jiran tgh renovate hari tu..dah stop dah...
dgr2 kat ecoworld puncak alam tu nak pindah masuk rumah pun management tak bagi during pkp ni..
Quote fly_in_d_sky 19-1-2021 07:32 PM
kat area rumah saya ada je beberapa rumah tengah renovate
Quote teen_angelJB 19-1-2021 07:56 PM
Tu la..mcm x bole..rumah aku kat ppam putrajay a pun stop nk reno..
Huhu..nak klr kuartes bulan 3 ni x dpt la..rumah x siap..huhu
Quote mijot 19-1-2021 08:05 PM
aku kena keluar rumah hujung bulan ni...
pkp ni, kontraktor xleh dtg...
terpaksalah pindah juga hujung bulan ni sbb tuan rumah dah ada penyewa baru...
Quote bakingsoda 19-1-2021 08:16 PM
eh tak boleh ke...time ni la nak renovate itu ini sblm raya, sbb org tak datang rumah sangat
Quote scarflicious 19-1-2021 08:33 PM
Semua dibenarkan. Tapi parlimen kena darurat....
Quote ina_na 19-1-2021 08:35 PM
Nsb baik pkp 1.0 suami buat sendiri dapur.. Pasang kabinet kitchen.. Call member dia yg ade kilang.. Nk kayu ikut ukuran dia.. Kawan dia siap anto rumah lg.. Sbb x sampai 10km pun dr kilang kwn dia.. Yg pkp kali ni mcm ni srh tambah store tu jdkan bilik gan nak buat tempat loundry...x tau la berjaya ke x.. Duit pun kn simpan gak ni... Tkt pkp lama.. Seram btl
Quote anony-mous 20-1-2021 11:18 PM
Pembinaan ramai2 pon boleh, xkan rakyat biasa nk buat xboleh? nak kasi stop, kasi stop smua termasuk yg under developer
Quote bangcak 21-1-2021 12:23 AM
apa nak terkejutnya.
darurat abah cow suma kegiatan harian berjalan seperti biasa.
kecuali dewan parlimen je dilarang bersidang.

even dewan negeri pon rilex je luluskan rm35jota.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053763 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top