CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Bmw R 1200 Gs

1-11-2013 02:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6988| Komen: 8


BMW R 1200 GS

PADA tahun 2007, model BMW R 1200 GS merupakan model motosikal paling laris yang pernah dibangunkan oleh BMW Motorrad dengan jualan melebihi 100,000 unit.

Sebagai motosikal pendahulu segmen dan jualan terbaik dalam rangkaian model  BMW Motorrad, BMW R 1200 GS serba baharu kini tiba ke pelabuhan negara. Setakat  ini model GS berkenaan merupakan model ke-9 diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia untuk tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr Gerhard Pils, konsep ‘BMW GS’ mengutamakan keseronokan menunggang dan keinginan untuk mengembara selama lebih 30 tahun.

“Ahli terbaharu keluarga Motorrad itu bakal menetapkan tanda aras seterusnya dalam segmen enduro jarak jauh dan mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat automotif premium dengan jumlah jualan nombor satu di Malaysia.

“Ciri menarik BMW R 1200 GS serba baharu ialah enjin boxer yang direka semula untuk memberikan prestasi tambahan dengan penyejukan udara/air yang kompak dan merupakan motosikal pertama di dunia yang dilengkapi dengan lampu hadapan LED,” katanya.

Enjin yang Direka Semula Sepenuhnya

Dari segi prestasi, enjin BMW R 1200 GS telah direka semula. Menggunakan enjin boxer dua silinder dengan kotak gear 6-kelajuan,  jentera enduro itu mampu menghasilkan kuasa125 bhp pada 7700 rpm, dan  tork 125Nm pada 6,000rpm.

Walaupun enjin boxer masih menggunakan penyejukan udara/cecair, minyak penyejuk kini diganti dengan campuran air glikol bagi memastikan tahap penyerapan haba yang tinggi untuk penyejukan yang lebih cekap.

Ciri tambahan baharu termasuklah sistem E-gas untuk kawalan dan respons pemanduan yang dipertingkatkan. Arahan penunggang dipindahkan secara terus melalui pengesan pada pemegang pusingan pemecut kepada sistem kawalan enjin yang melaraskan injap pendikit secara elektronik.   

Untuk memenuhi keperluan serta tujuan individu setiap penunggang, buat pertama kalinya BMW R 1200 GS serba baharu dilengkapi dengan lima mod tunggangan yang berbeza - ‘Rain’, ‘Road’, ‘Dynamic’, ‘Enduro’ dan ‘Enduro Pro’. Setiap mod menampilkan tiga tetapan E-gas dan ABS yang berbeza, dan empat tetapan ACS dengan ciri enjin yang berlainan.  

Untuk memilih tetapan yang diperlukan, suis “mod” di sebelah kanan bar pemegang akan mengaktifkan paparan pada panel instrumen untuk memilih mod tunggangan yang dikehendaki.

Sebagai contoh mod 'Rain' memberikan ciri lembut dan responsif bagi menyokong penunggang pada permukaan basah atau cengkaman yang sukar.

Sementara mod ‘Enduro Pro’ memberikan respons enjin yang spontan, kerana fungsi ASC ditetapkan pada mod profesional bagi membolehkan kawalan yang lebih mantap untuk enjin BMW R 1200 GS serba baharu.

Fungsi dan Kelasakan

Bahagian hadapan motosikal yang bergaya direka untuk menyertakan sekali pembawa panel depan tiga seksyen yang inovatif diperbuat daripada magnesium, komponen yang tahan pecah dan lasak yang memberikan BMW R 1200 GS serba baharu pengurangan berat sebanyak 60 peratus.

Malah, pertama kalinya, dimensi tayar hadapan diperbesarkan kepada 3 inci dan belakang kepada 4 hingga 4.5 inci untuk mendapatkan daya membelok dan kuasa berhenti yang lebih cekap serta cengkaman dan dinamik pemanduan yang lebih baik.

Untuk tahap keselamatan dan prestasi maksimum, BMW R 1200 GS serba baharu dilengkapi dengan Dynamic ESA, sistem suspensi separa aktif yang mengawasi pergerakan menegak kawalan roda depan dan belakang dengan pengesan pergerakan spring pada setiap kedudukan.

Pengesan ini mengikuti tindakan penyerap hentakan secara automatik bergantung kepada keadaan dan pergerakan pemanduan, manakala Dynamic ESA turut memberi respons kepada pergerakan brek kawalan ABS dengan melaraskan topang spring pada bahagian depan dan belakang menggunakan injap pengawalan elektronik.

Bagi memenuhi prinsip ‘Safety 360’ BMW Motorrad,  BMW R 1200 GS serba baharu dipasang dengan ABS sebagai ciri standard, dan sistem breknya diubah dengan angkup Brembo Monobloc yang dipasang secara radial di depan dan cakera brek yang lebih besar di belakang.

Para pelanggan boleh memilih konsep warna baru yang hebat untuk ciri sporty BMW R 1200 GS serba baharu dengan empat pilihan  harga runcit RM 128,800 bagi Pakej Dinamik dan Pakej Touring pada harga RM 125,000.

Pakej Dinamik didatangkan dengan lampu LED sebagai ciri standard manakala lampu perjalanan waktu siang turut dipasang standard bagi kedua-dua pakej.


Rekaan terbaru dalam segmen Enduro ini mampu menggugat pesaingnya



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ryo_takahashi1 1-7-2013 11:55 AM
incik @Sagoo jom beli moto ni jom...
Quote Sagoo 1-7-2013 12:34 PM
ryo_takahashi1 posted on 1-7-2013 11:55 AM
incik @Sagoo jom beli moto ni jom...

bang....mahal sgt bang...x terdaye teman nk membayornye
Quote ryo_takahashi1 1-7-2013 02:57 PM
Sagoo posted on 1-7-2013 12:34 PM
bang....mahal sgt bang...x terdaye teman nk membayornye

issskhhhhh... K5 pon boleh beli... apalah sgt GS nih....  10% deposit baru 12k... duit jual ZX6 tu pon byk belen lagi....


psssttt... itu K5 haaa kalo kasi compare dgn YF i45 mana bagus bang...??
Quote Sagoo 1-7-2013 03:01 PM
ryo_takahashi1 posted on 1-7-2013 02:57 PM
issskhhhhh... K5 pon boleh beli... apalah sgt GS nih....  10% deposit baru 12k... duit jual ZX6 tu ...

bang itu zx6 bg adek sambung bayor bang...mane ade belen2..

k5 kete lain le bang ...ni muto bang muto......bini marah kang amek mahal2..kang nk bayorkan brazilian wax dia mane nk cekau duit poco2 lg....spa lagi...

YF i45 tu ape bang? sumpah aku xpenah dengar lagi...



Quote ryo_takahashi1 1-7-2013 03:08 PM
Sagoo posted on 1-7-2013 03:01 PM
bang itu zx6 bg adek sambung bayor bang...mane ade belen2..

k5 kete lain le bang ...ni muto ban ...

cehhh... tak pernah dengar konon.... K5 dah mesti le org bandingkan dgn Sonata... i45 tu code name dia laaaa... mcm K5 juga....

Quote Sagoo 1-7-2013 03:19 PM
ryo_takahashi1 posted on 1-7-2013 03:08 PM
cehhh... tak pernah dengar konon.... K5 dah mesti le org bandingkan dgn Sonata... i45 tu code name ...

owhh sonata ropenyeee

k5 walaupon antara yg termurah dlm kelas dorg ni..tp still no 1 ...sebabnye? toyota n honda kedekot nk mati dlm rekaan dlman..xde tambahan eksesori...
xde sunroof ekekeekekkeeeee

sonata plak..ntah le..aritu memule tgk pon rase ternoda je tgk design dia nak2 yg kaler itam...tp hati lebih berkenan pada k5..sonata ni xleh nk info le..xbyk sgt tau..tp ape2 pon mesti xbyk beza...sbb hyundai ngn kia kan adek bradek...g services pon 1 tempat katenyeeee


Quote ryo_takahashi1 1-7-2013 03:53 PM
Sagoo posted on 1-7-2013 03:19 PM
owhh sonata ropenyeee

k5 walaupon antara yg termurah dlm kelas dorg ni..tp still no 1  ...

camry & accord mmg kedekus pon.... banding dgn optima & sonata.... cam camry tu lagi la design di tahap lama... designer tak pernah tuko kot.... sbb K5 ni termurah dlm kelasnya tu yg aku nak tahu ko rating keta ni camne....


*aku ngidam range rover evoque tu... tapi cam tak cukup je tabung cap unta aku ni....
Quote Sagoo 1-7-2013 03:59 PM
ryo_takahashi1 posted on 1-7-2013 03:53 PM
camry & accord mmg kedekus pon.... banding dgn optima & sonata.... cam camry tu lagi la design di  ...

aku xtau nk ratingkan k5 ni mcm mane...kang rating melampau2 takot org ckp aku bias plak
ape2 pon 1 je aku nk ckp...x menyesal beli k5...walaupon kia punye secondhand value kurang..tp mmg x nyesal la... maintainan pon xde semahal mana...


evougue tu tunggu makcik aku pakai..nnt aku pinjam test drive baru bole komen..
kekekeke dia punye kete..aku yg x sabar nk tunggu kete sampai



Last edited by Sagoo on 1-7-2013 04:00 PM

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.041099 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top