Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun putus pergelangan tangan akibat digigit seekor biawak Komodo di Kampung Komodo, Manggarai Barat. Lapor Kompas, setiausaha Kampung Komodo, Ismail berkata, Febianto turut mengalami kecederaan di bahagian dahi akibat serangan itu.
Katanya, insiden berlaku pada pukul 2.10 petang waktu tempatan ketika mangsa sedang bermain sendirian di beranda rumahnya. “Ketika dia sedang sibuk bermain, tiba-tba tangan kirinya digigit oleh biawak Komodo sehingga menyebabkan dia jatuh dari tangga,” katanya. Ismail berkata, ibu mangsa bergegas keluar dari rumah ketika mendengar bunyi seperti seseorang terjatuh lalu terkejut apabila melihat anaknya berlumuran darah. Selepas insiden tersebut, mangsa dibawa ke Klinik Kampung Komodo sebelum dibawa ke Hospital Siloam Labuan Bajo. Sumber: Utusan |
dudaberhias replied at 19-1-2021 08:17 AM
scarynya.... tengok pada nama tempat tu pun iols dah agak mesti biawak besar2 buaya punya...
best ...
ADVERTISEMENT