CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mawar Karim Dan Anak Dah Sembuh, Akui Bersalin Lagi Sakit Dari Hidap Covid-19

19-1-2021 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2819| Komen: 5

Bekas isteri Fizo Omar, Mawar Karim dan anak pasangan itu, Wan Maryam sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas disahkan bebas daripada virus Covid-19.

Mawar berkongsikan mengenai perkembangan terbaharu mereka menerusi laman Instagramnya melalui sesi pertanyaan yang dibuka kepada pengikutnya.

Ahli perniagaan ini juga turut berkongsikan pengalamannya sepanjang dijangkiti virus berbahaya itu yang mana disifatkan kurang sakit berbanding ketika melahirkan Maryam.




"Kami dah discharged, balik rumah dah. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan terutamanya semua petugas barisan hadapan yang sangat membantu urusan saya dan Maryam.

"Saya fikir apa yang berlaku pasti ada hikmah.

"Tapi saya nak kongsi pengalaman sebenarnya ketika saya menjalani pembedahan endometriosis, cyst dan sewaktu dengannya sebelum adanya Maryam di dunia, itulah yang paling sakit. Rasa macam mati hidup semula.

"Baru rasa itulah peluang kedua Allah bagi hidup. Lepas itu sakit bersalin," katanya.


Kredit foto: IG

Mawar turut menitipkan kata-kata semangat buat wanita di luar sana yang turut sama mengalami pengalaman buruk seperti dirinya agar sentiasa berfikiran positif.

"Saya pasti ibu-ibu di luar sana jangan rasa down bila dapat keputusan positif, saya percaya ibu-ibu pasti boleh handle. InsyaAllah kekuatan itu pasti ada.

"Come on ibu-ibu kita kuat. InsyaAllah, pastikan kita sentiasa positif bila handle Covid ni," ujarnya.


Foto: IG

Menerusi laporan mStar pada 5 Januari lalu, Mawar dan Maryam disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Mawar berkahwin dengan Fizo pada 10 November 2013 di Country Heights, Kajang namun pasangan itu akhirnya bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 19-1-2021 09:40 AM
Alhamdulillah dah sembuh..
Covid is real.
Berjaga-jagala kita
Quote chinta89 19-1-2021 12:44 PM
Dia dpt dari mana covid tu
Quote buapakperut 19-1-2021 03:39 PM
syukurlah dh sembuh sisthur dan anak
Quote MontanaHannah 19-1-2021 04:28 PM
Tindakan terbodoh dia ialah dengan mengahwini fizo bermak kan mak siam biawak.
Hidup melukut di dalam rumah menantu.

bodoh ko mawar .
Quote zeetot 19-1-2021 09:07 PM
Susah jugak ye process nak dapat maryam.

Tapi ex laki hampehhhh.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.049151 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top