Tiba-tiba nama Norlia Ghani, 72, trending di Twitter gara-gara ciapan rawak individu yang menyindir bintang veteran itu ketika memperkatakan mengenai kejelitaan aktres dan model tinggi lampai, Kavita Kaur Sidhu.
Dalam insiden itu, seorang pemilik akaun Twitter memuat naik ciapan membandingkan kejelitaan Kavita yang berusia 49 tahun dengan wanita berusia 30 tahun yang dipersenda memiliki penampilan seperti Norlia. Menghubungi pelakon yang terkenal dengan watak Joyah dalam drama bersiri Opah terbitan 1980-an itu, Norlia mengaku terperanjat dirinya trending di Twitter. "Cucu Mama menunjukkan paparan skrin dan akaun Twitter menyebut nama Mama yang trending hari ini.
"Tidak sangka, selama ini hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial. "Sekarang Mama pula jadi perhatian. Namun, Mama tidak ambil serius atau ambil 'pot'. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita kita fikirkan ketika berdepan pandemik COVID-19. "Tak jadi kudis pun... Mama tahu ada yang mempertahankan Mama sebagai artis senior," katanya kepada BH Online. Meraih sokongan peminat, netizen kesal ciapan itu seolah-olah tidak menghormati Norlia sebagai bintang veteran yang memberi banyak sumbangan kepada industri seni. Norlia yang pernah meraih trofi Pelakon Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2002 mengaku tidak aktif di laman Twitter. "Mama lebih kerap guna akaun Facebook dan Instagram," katanya.
|
chandrahusin replied at 19-1-2021 02:14 AM
Mesti bbnu tak pnh tgk Norlia Ramli belakon zaman P Ramlee
Dlm ramai2 acik2 yg belakon aku mmg bole ...
TabletSusu replied at 19-1-2021 10:47 AM
Chan,
maksud ko, dia berlakon dlm filem P. Ramlee ke?
NazRysha replied at 19-1-2021 10:52 AM
tp kalau tengok budak pompuan zaman sekarang
umur muda lg tp badan bukan main kembang
anak satu tp ...
chandrahusin replied at 19-1-2021 03:02 AM
Anak Bapak chuols
Kemain acik Norlia stylo milo masa tu
TabletSusu replied at 19-1-2021 11:06 AM
Anak Bapak? ko biar betul
Ruminah Sidek aka mak mah aka mak Adlin Aman Ramli adalah dlm Anak Ba ...
Mawar91 replied at 19-1-2021 03:10 AM
X silap meols Cite kanca Tirana ade Norlia Ghani berlakon..jadi Cempaka ke Kenanga..anak ketua k ...
TabletSusu replied at 19-1-2021 11:06 AM
Anak Bapak? ko biar betul
Ruminah Sidek aka mak mah aka mak Adlin Aman Ramli adalah dlm Anak Ba ...
ADVERTISEMENT