Kerajaan Turki telah meminta rakyatnya untuk berhenti menggunakan WhatsApp dan mengganti dengan aplikasi buatan tempatan. Desakan ini muncul setelah pembaharuan dalam persyaratan layanan baru WhatsApp muncul baru-baru ini. Dalam aturan terbaru itu, alternatif yang dibuat terhadap syarat dan perkhidmatan WhatsApp akan berkuat kuasa mulai 8 Februari dan mereka akan membenarkannya berkongsi data dengan syarikat induk Facebook dan anak syarikatnya yang lain. Pengguna harus bersetuju dengan syarat baru agar dapat terus menggunakan aplikasi setelah tarikh akhir. Hal ini membuat ketua Pejabat Transformasi Digital Presiden Turki, Ali Taha Koc mengkritik syarat perkhidmatan baru WhatsApp dan pengecualian dari peraturan perkongsian data baru untuk pengguna di United Kingdom dan Kesatuan Eropah. Beliau turut menyarankan warga Turki menggunakan aplikasi tempatan seperti BiP dan Dedi.
" Perbezaan antara negara anggota EU dan negara lain dalam hal privasi data tidak dapat diterima! Seperti yang telah kami sebutkan dalam Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Komunikasi, aplikasi asal asing menanggung risiko yang besar mengenai keselamatan data, " " Itulah sebabnya kami perlu melindungi data digital kami dengan perisian tempatan dan nasional dan mengembangkannya sesuai dengan keperluan kami. Jangan lupa bahawa data Turki akan tinggal di Turki berkat penyelesaian tempatan dan nasional. " tulis Koc dalam tweetnya. Usai tersebarnya status dari twitter peribadinya, media sosial Turki mula menggunakan tanda pagar #deletewhatsApp. Jumlah muat naik aplikasi chatting lokal Turki pun mula melonjak dan cukup memberasangkan. BiP yang dimiliki syarikat gergasi telekomunikasi Turki, Turkcell mendapatkan 1,12 juta penguna dalam 24 jam dan memiliki 53 juta pengguna secara global, menurut data Turkcell. BiP sendiri telah tersedia di 192 negara. Pada bulan November lalu, Turki mendenda syarikat media sosial global, termasuk Facebook, Twitter dan Instagram, masing-masing 10 juta lira ($ 1,18 juta) kerana tidak mematuhi undang-undang media sosial yang baru. - CARI
|
chinta89 replied at 19-1-2021 12:47 PM
App dia mcm whatsapp lah ek
wnwa05 replied at 19-1-2021 12:53 PM
aku dah install..memang terbaik tapi bila search contact yang dah install baru 4 orang.. ayuh suppor ...
sarah82 replied at 19-1-2021 01:09 PM
aku skrg dah download signal..dan once x leh guna wasap aku nak download bip pulak
rocksteady replied at 19-1-2021 01:10 PM
signal mana punya.ntah2 2x5 wsap. baik la support muslim product
plasterhati replied at 19-1-2021 12:51 PM
Meanwhile in malaysia, pkl 5 pagi pn WhatsApp dh start berkukuk meraung pasal kerja
rocksteady replied at 19-1-2021 05:10 AM
signal mana punya.ntah2 2x5 wsap. baik la support muslim product
GincuPurple replied at 19-1-2021 10:58 PM
Founder Signal ni dulu partner dgn founder whatsapp..pastu ntah apa jadi, dia blah pastu buat Sign ...
sarah82 replied at 19-1-2021 01:13 PM
Aku baru download bip.. Signal pulak.. Tak ada contact aku yg guna lagi..
rocksteady replied at 19-1-2021 11:24 PM
signal aku tak rasa nak download pun.macam copy whatsapp je lambang pun nak sama. baik Bip ni
...
ADVERTISEMENT