CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vaksin COVID-19 Selaras Tuntutan Mencegah Penyakit Dan Kemudaratan - JAKIM

19-1-2021 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1298| Komen: 2

Description: Kuala Lumpur: Vaksin Covid-19 adalah selaras dengan tuntutan syarak dari aspek mencegah penyakit selain membantu memastikan seseorang individu yang mengambilnya tidak memudaratkan orang lain.



Kuala Lumpur: Vaksin Covid-19 adalah selaras dengan tuntutan syarak dari aspek mencegah penyakit selain membantu memastikan seseorang individu yang mengambilnya tidak memudaratkan orang lain.

Pegawai penyelidik di pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fahmi Rusli berkata, justeru pengambilan vaksin adalah perlu bagi golongan yang diwajibkan oleh pemerintah seperti petugas barisan hadapan dan mereka yang berisiko tinggi termasuk warga emas.

"Pengambilan vaksin Covid-19 bagi mencegah penyakit adalah sama konsepnya dengan pengambilan suntikan yang diberikan kepada bayi bagi mencegah jangkitan pelbagai penyakit seperti polio dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam segmen Tanya Jakim bertajuk 'Ada Apa Dengan Vaksin Covid-19' yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.


Fahmi berkata, langkah untuk mencegah penyakit adalah perkara yang dituntut Islam dan berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: 'Barangsiapa yang makan tujuh biji kurma ajwa setiap pagi maka pada hari itu dia akan terpelihara daripada racun dan sihir'.

Beliau berkata, Islam menggalakkan umatnya untuk mencegah penyakit atau mendapatkan rawatan lebih awal sebelum seseorang itu mendapat penyakit.

Oleh itu, Fahmi berkata tindakan tidak mengambil vaksin Covid-19 boleh menyebabkan seseorang itu membawa risiko kepada orang lain dan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengajar umatnya untuk tidak membawa kemudaratan.

Sebelum ini Bernama melaporkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bulan lepas mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dipetik sebagai berkata ketetapan itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) Isnin lepas memaklumkan bekalan vaksin pertama dijangka diterima negara pada penghujung Februari ini dengan kumpulan pertama penerima vaksin pada awal Mac.

Program vaksinasi Covid-19 akan berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan dan hampir 27 juta atau lebih 80 peratus penduduk Malaysia dijangka menerima vaksin Covid-19 menjelang suku pertama tahun depan.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 19-1-2021 10:45 PM
adakah kandungannya dijamin halal dan tidak memudaratkan kesihatan serta nyawa yg disuntik. dah banyak dengar kes mati lepas suntik. alasan penyakit kronik tak boleh diterima sebab rasanya yg akan disuntik nanti pun warga emas berisiko diutamakan selepas frontliner
Quote Coolie 20-1-2021 03:17 AM
MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah Ya Robb..

Memang benarlah janjiNya bahawa binatang itu lebih mulia apabila manusia itu tidak boleh bezakan yang HAK dengan BAThIL.. Pernah dengar pesanan Allah and RasulNya bahawa sesuatu yang tiada pengetahuan atau was was maka hendaklah kalian hindari daripadanya. Jika tidak, Baginda SAW tidak akan suruh memyembunyikan diri di hujung kampung atau bukit bila datangnya dajjal laknatullah. Dengan kekuatan KALIAN untuk menewaskan si mata satu tu? Hari ini dalam saat ini, bagaimana? The best part, there's no guarantee yet as a proven method as medication for sure cure. Blinded by the one eyes (pandemic he said). The worst part, meletakkan tengkok agamaNya pada si buta mata satu dimana telah berjaya MEMBUTAKAN masyarakat dunia terutamanya ISLAM. ALLAH MAHA MENGHINA. si buta mata satu MEMBUTAKaN matadunia..(bukan kalian, KALIAN tidak buta pun).
Pada zaman Uthmaniyah dulu berapa banyak penyakit yang tidak disembuhNya? Sanggup hendak ditambahkan hutang agar amalan mukminin hari ini tergantung di langit. JanjiNya 40hari dimana satu hari pertama, panjangnya setahun. Maka ketika itu JANGAN sangka doa kalian makbul disisiNya, walhal binatang dan tumbuhan berdoa agar dimakbulkanNya.
Bila ditegur dengan hikmah, dikatakan sebagai cemuhan pandai memandai atau kesalahan atau dibunuh (bunuh agamaNya tanpa lokap tidak berpintu) seperti mana berlaku pada pemimpin Arabian dimana, pintu Selatan dibuka
Buahkurma manggis jadi batu,
pembunuh 37o menggunakan sniper 17 disitu (checkmate) terus keras membisu.
Pasti dan pasti akan berlaku.
Sekali lagi Exactly the same  but only this time infront Justice of Allah SWT. Clearly and surely keras membantu punyeee. "Batu batu yang menjadi bahan pembakar" - (sound familiar right).

Bangunlah wahai orang berselimut (familiar right?).. Surah 73 Dan 74 selepas surah Al Jin. BuKAN suruh pih berperang pun. Depa lagi mahir dan kenal tentang Allah and RasulNya cuma tidak beriman jah.. Mukjizat Nabi Musa, siapakah gerangannya? Berapa banyak mukjizat nabi Musa as?  Boleh ke menang? Habaq mai insyaAllah. Skit punyer berabad selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah sampai kelani, habok tarakk.. Pehangat t4hi kucing lagi baguehh.. Ada komisen tepi noo.. Haremmeii..

Berapa banyak hutang (pengorbanan) yang diperlukan untuk mengenali Dan mencintai pesanan Baginda SAW bahawa kalian akan sejengkal ke lubang biawak? Para Sahabat r.an bertanya, "Bukankah itu golongan Nasaroh Dan Yahudi? ".. Pikiaq noo..
Wallahu'alammm.

Kedengaran Pepatah melayu sudah lama diratah,. Omputih said,..

"Anak melayu makan pengat,
Anak Cha makan tahu,  ... (sila sambung)
.


Note: nak cari kayu..nak cari kayu.. Apa dah jadi daa..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.102401 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top