Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan dakwaan seorang petugas kesihatan meninggal dunia akibat kepenatan dengan beban tugas. Memetik laporan Sinar Harian, Dr Noor Hisham berkata dakwaan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat adalah tidak tepat. Jelasnya, siasatan awal mendapati Dr Ali mempunyai penyakit lain dan tidak mempunyai kaitan dengan kelesuan bekerja. “Beliau dikesan mempunyai penyakit lain dan tiada kaitan dengan kelesuan bekerja,” katanya. Sebelum ini, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) menerusi Facebook mendakwa Dr Ali jatuh sakit kerana beban kerja dan terlalu penat. Menerusi perkongsian itu, SPJM turut berkongsi sebuah foto dipercayai Dr Ali yang kelihatan tertidur dengan masih memakai pakaian perlindungan diri (PPE).
Sumber: ProjekMM |
KIM.K replied at 20-1-2021 04:57 AM
Dah tentu blame penyakit lain
nazzse replied at 20-1-2021 02:07 PM
Dah memang tu penyebabnya. Takda masa DG nak cari alasan lain
xdielzx replied at 20-1-2021 01:01 PM
Wife dia pun dah clarify
mejaputih replied at 20-1-2021 02:20 PM
wife dia clarify apa ek?care to share?
ADVERTISEMENT