CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 16 Tahun Rogol Budak Darjah Enam Dalam Bilik Pusat Tahfiz

20-1-2021 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4703| Komen: 15

Seorang remaja berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan merogol seorang murid Tahun Enam di sebuah bilik di pusat tahfiz yang sudah tidak beroperasi tahun lalu.


Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, remaja tersebut yang ketika berusia 15 tahun didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun empat bulan di sebuah bilik di pusat tahfiz yang sudah tidak beroperasi di Pasir Tumbuh di sini.

Kesalahan didakwa dilakukan pada jam 3.30 pagi, 12 Jun 2020.

Foto: Sinar Harian

Pendakwaan terhadap pelajar Tingkatan Empat itu dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Tertuduh bagaimanapun masih di bawah umur dan hukumannya tertakluk di bawah Seksyen 91 Akta Kanak-kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Muhammad Shahril Ramli, manakala remaja berkenaan diwakili peguam, Nik Mohd Nashriq Mohd Nazman.

Terdahulu, Muhammad Shahril mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun Nik Mohd Nasriq memohon jumlah itu dikurangkan kerana tertuduh masih bersekolah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk serahan dokumen pada 25 Februari depan. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 20-1-2021 03:29 PM
dah kenapa dik... kecik2 dah nafsu buas...
selalu orang kata banyak tengok porn... tapi memang betul pun budak2 yang selalu tengok porn jadi macamni.... semua di hujung jari mak bapak tak control apa anak buat di internet tu... ye la dia nak tengok tu sorok2...
Quote kelapaparut 20-1-2021 03:31 PM
sekolah tahfiz..kelantan.. bakal lobai.. nmpk x persamaan tu
Quote otai_g 20-1-2021 03:36 PM
kelapaparut replied at 20-1-2021 03:31 PM
sekolah tahfiz..kelantan.. bakal lobai.. nmpk x persamaan tu

Nampak tuan. Dulu2 lg up, rogol kambing. Kambing oun jd.
Quote c===8 20-1-2021 03:43 PM
jamin seribu je
budak2 baya tu jenis nekad, silap terus cabut tanpa dpt dikesan
Quote Decaffeinated 20-1-2021 06:18 PM
Sama2 birah le tu
Quote lattehazelnut 20-1-2021 07:00 PM
Tgk tajuk da tau kat mne
Quote sally03tomato 20-1-2021 07:16 PM
Kesian kan, umur 15thn dah rasa nak ber'seks'
Quote gigahertz 20-1-2021 09:23 PM
dudaberhias: dah kenapa dik... kecik2 dah nafsu buas...selalu orang kata banyak tengok porn... tapi memang betul pun budak2 yang selalu tengok porn jadi macamni... ...

Zaman i dulu tgk vcd james bond je. Tu pun fast foward ke depan ke belakang.
Quote shernazz 20-1-2021 09:31 PM
Harap.budak.pompuan tu di elakkan jumpa dengan.haprak.neh...
Harap ada hukuman setimpal
Quote Carcosa 20-1-2021 10:43 PM
3.30 am dik, kau ngesek kat sekolah tak pakai. Kau tak takut ke dik?? Gelap2 tu.
Then yg budak 12 tahun tu 3.30am tak tido ke? Merambu sampai pagi?
Quote cha-cha 20-1-2021 10:48 PM
Eeeee kossserr ko pergi sekolah 3.30 pagi, tak takut hantu pontianak ke?
Quote mawar_mustika 21-1-2021 11:50 AM
adoi mana p mak bapak diorg ni...pg2 bute biar anak bekeliaran luar rmh...suke sm suke ni..konon2 gewe
Quote zuuu 21-1-2021 03:13 PM
How come budak lelaki umur 16 ngan budak pompuan umur 12 leh kuar rumah sampai kul 3.30 pagi???
Quote any42 21-1-2021 03:31 PM
Pkul 3.30 pg camne bleh kluar. bru umur 12 dh pndai merayap ke ? parents mane p xmmpu pntau ank
Quote MontanaHannah 21-1-2021 04:23 PM
Benih bapa dia pancut dalam  tu benih xelok , benih jin

mak bapa bermasalah lahirlah anak-anak bermasalah

pakai kondomlah setan....ko nak  melingkup pun xsusahkan masyarakat.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.138611 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top