Seorang gadis di Indonesia membuatkan netizen kebingungan apabila mendedahkan dia menjadikan seekor nyamuk yang dinamakan Molly sebagai binatang peliharaan. Menerusi satu video di laman TikTok, gadis yang menggunakan akaun @michelleeserafin itu menunjukkan cara-cara memberi makan kepada serangga peliharaannya itu, lapor Suara.com semalam.
“Ini adalah cara bagaimana saya memberi Molly makan,” tulisnya pada status video berkenaan. Video yang memaparkan gadis itu mendekatkan botol yang menyimpan nyamuk itu di kakinya sebelum penutupnya dibuka bagi membolehkan Molly terbang keluar. Serangga itu akan menghisap darah di kaki tuannya dan sebaik selesai, Michellee akan memasukkan Molly ke dalam botol. Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa hairan dengan tindakan gadis itu yang memilih nyamuk sebagai binatang peliharaan.
“Kalau nyamuk itu boleh bercakap, pasti akan diberitahu bahawa ia mampu cari makan sendiri,” tulis seorang pengguna. “Terima kasih untuk tutorial ini, sangat menyesatkan,” komen seorang lagi. Sumber: Kosmo |
CiliPadiSedap replied at 21-1-2021 03:05 PM
nyamuk yang paling best kena tampar yang keluar darah masa tu kita dapat tahu darah kita color apa? ...
ADVERTISEMENT