CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Terdesak, Curi Makanan Dan Plaster Kebah Demam Untuk Anak

21-1-2021 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2872| Komen: 11

Terdesak hingga sanggup mencuri makanan dan plaster untuk kebah demam bagi mengubati demam anaknya.

Itu kesusahan hidup seorang wanita hingga sanggup mencuri di pasar raya di Petaling Jaya, semalam.


Bagaimanapun, sebaik menerima laporan polis dibuat pasar raya berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencuri plaster untuk kebah demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.


Foto: Harian Metro


"Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan (plaster untuk kebah demam) sebab anaknya demam.

"Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini," katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menyampaikan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan lain demi membantu wanita berkenaan yang hidup sukar.

"Susah-susah sangat mari balai polis, ini ada (plaster untuk kebah demam) untuk anak demam," katanya kepada wanita itu.

Menurutnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencabar semua pihak terutama golongan susah.

"PKP ini banyak mencabar kita, ramai antara kita selalu buat aduan konon tidak boleh 'brain' (faham) kenapa polis buat roadblock (sekatan jalan raya) tutup jalan dan berlaku kesesakan.

"Sebenarnya, bukan tuan puan saja susah tetapi ada lagi yang lain (susah). Dalam PKP ini kita nak lawan virus Covid-19," katanya.

Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai berkorban sedikit kesusahan dan kesukaran sekarang untuk masa depan serta duduk di rumah bagi memutuskan rantaian wabak itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 21-1-2021 04:03 PM
malam tadi last episod drama hadiah dari tuhan tu pun si lailerr lepaskan peragut sebab org tu ckap dia terdesak xmakan dek xde job sbab covid..i is sedih sgat2..smoga akak n anak2 dia ni dipermudahkan rezeki..
Quote tokchik 21-1-2021 04:05 PM
Alhamdulillah

Masih Ada Yang perihatin

Amin


Aku doakn Muga Allah berkati kmu tuan nik
Quote bondeh 21-1-2021 05:22 PM
Kesiannya... walau mencuri itu salah...
Quote Carcosa 21-1-2021 10:22 PM
Pengorbanan seorang ibu..... Tak dpt bayangkan kalau meols dlm situasi tu.... Sbb tu meols takut nak ada anak ramai2
Quote bellaamsar 21-1-2021 10:24 PM
Sedihnya.. Moga diluaskan rezeki tuan nik dan akak tu
Quote dudaberhias 21-1-2021 10:46 PM
Kesiannya, ni baru betul2 terdesak. Mesti sayu polis tu pergi rumah orang tu tengok.
Quote mrsbob87 22-1-2021 08:13 AM
kesian, manusia menjadi terdesak
Quote helicornia 22-1-2021 09:26 AM
calling for sis sharlenetexas
Quote erinarir 24-1-2021 06:57 PM
Siapa tahu pesal Tuan ACP Nik Ezanee? Tindakan beliau adalah sangat terpuji  
Quote supernaturalee 24-1-2021 07:08 PM
"Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu."


She needs a job
Klu x what happen esk lusa  

Pape pun salute ASC nik ezanee
Hensem plk tu

Quote aemon 25-1-2021 12:20 PM
tuan nik ni kan yg cari mak angkat cina  tu?kehidupan dia dulu mesti sangat susah sampai dia sendiri faham masalah si ibu ni.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.168765 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top