CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hannah Delisha Tak Suka Jaja Kisah Peribadi, Nafi Tak Mesra Dengan Rakan Media

22-1-2021 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6658| Komen: 28

Pernah dikatakan sukar memberi kerjasama dengan teman media, pelakon Hannah Delisha tampil menepis tanggapan tersebut dengan mengatakan dirinya masih sama dari mula menjejak kaki ke dunia hiburan.


Menurut Hannah, tujuan dia menceburi industri seni untuk menghiburkan peminat dengan hasil kerja yang dilakukan dalam bidang lakonan, nyanyian mahupun perniagaan.

Kata Hannah, dia lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya sahaja memandangkan dirinya seorang yang tidak gemar menjual kisah peribadinya kepada umum.



"Dari dahulu sampailah sekarang, saya tak rasa ada perubahan yang besar pun. Saya masih Hannah Delisha yang sama. Fokus utama saya pun lebih kepada dalam soal kerja sahaja.

"Saya nak hiburkan peminat dengan hasil kerja dilakukan. Baik lakonan, nyanyian atau perniagaan sekalipun. Pada yang kenal saya, tahu diri ini lebih bersikap 'low profile'.

"Saya pun tak suka nak kecoh-kecoh. Saya pun tak biasa nak kongsi hal peribadi. Kalau saya rasa nak kongsi, pasti saya sedia berbuat demikian. Begitulah sebaliknya," kata Hannah kepada mStar.

Foto: IG

Sebelum ini, tindakan pelakon drama siri Cinta Sekali Lagi itu memadam lebih 800 foto dirinya memakai pakaian seksi di laman Instagram menerima pujian daripada netizen.

Rata-rata peminat di laman sosial meluahkan rasa gembira melihat perubahan pelakon berusia 25 tahun itu kini yang lebih mengutamakan kepentingan menjaga aurat.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Singapura ini memberitahu dia sepatutnya ingin memberi tumpuan semula kepada bidang nyanyian namun hasratnya tergendala disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Biarpun terpaksa melupakan hasratnya buat sementara waktu namun Hannah sentiasa terbuka menerima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imejnya terkini.

"Sepatutnya saya nak kembali fokus kepada bidang nyanyian. Tapi ia tergendala sebab situasi semasa. Malah pada masa sama saya juga akan lancarkan perniagaan baju rekaan modest untuk wanita.

"Bab berlakon kalau ada rezeki lagi, saya berserah. Saya tak pernah bimbang dan risau dengan rezeki saat membuat keputusan bertudung. Apa yang penting saya akan buat yang terbaik dengan amanah kerja lakonan diberikan.



"Kalau ada tawaran berlakon yang kena dengan penampilan dan perwatakan, saya sedia cabar diri. Andai dapat lagi tawaran watak antagonis sekalipun sudah bertudung, saya sedia mempertimbangkannya kembali.

"Watak jahat itu tak boleh kita nilai daripada zahir dan penampilan saja. Ada saja wanita bertudung yang boleh pegang watak jahat. Saya serahkan kepada skrip dan watak," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • ladylibra

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 22-1-2021 04:38 PM
Model naelofar now HD...lawa btol la die nie
Quote Temenung 22-1-2021 05:49 PM
Lawa betol dia ni lepas bertudung
Quote KIM.K 22-1-2021 06:22 PM
Pipi macamtu pun ada lagi yang cakap natural beauty
Quote ira_229 22-1-2021 06:49 PM
KIM.K replied at 22-1-2021 06:22 PM
Pipi macamtu pun ada lagi yang cakap natural beauty

Kenapa dengan pipi dia pulak?
Quote apedehal 22-1-2021 06:56 PM
Its sokay hannah..nnt ur perasan 'twin' will ajar u how to be the headlines every week..kuikuikui
Quote ira_229 22-1-2021 07:02 PM
apedehal replied at 22-1-2021 06:56 PM
Its sokay hannah..nnt ur perasan 'twin' will ajar u how to be the headlines every week..kuikuikui

Jgnlah perangai si hanna bertukar jadi perangai budu..behave hanna..behave...kang semua menyampah..
Quote KIM.K 22-1-2021 07:59 PM
Edited by KIM.K at 22-1-2021 08:01 PM
ira_229 replied at 22-1-2021 06:49 PM
Kenapa dengan pipi dia pulak?

Makin cantik cuma bukan natural beauty
Umpama puji penyanyi bernombor takda buat enhancement
Quote salmon-suki 22-1-2021 08:35 PM
Ai jarang puji retis tp hannah ni manis je bertudung.. igt dlu awal2 dia jadi host rancangan masak2 kt rtm,bdn gempal tp ckp lembut jah..ai suka tgk..

Masuk asteruk ngn tv3suku,terus dorg exploit dia utk jual rupa..semoga berkekalan perubahan ni..
Quote nazzse 22-1-2021 08:43 PM
Lawa betul gambar first tu..
Tapi HD tolonglah jauhkan diri drp family perosak ni.. Dgn u sekali punoh nanti
Quote ufc214 22-1-2021 08:46 PM
Sokong Hannah sejak berlakon citer mr photographer
Quote aemon 22-1-2021 08:46 PM
good hannah.jgn jadi mcm jah ninja.dia ingat dia lawa sangat ke.hannah delisha lg cantik ok!muka memang molek terbentuk.subhanallah.
Quote Thunderclouds 22-1-2021 08:48 PM
Lawa btoi die ni. Harap kekal istiqomah n bjodohan dgn lelaki yg baik2 hendakNya
Quote tagas 22-1-2021 10:57 PM
yelah syg jgn jaja sgt kisah umahtangga kita ye

hrp baik2 aja abg tetap support carrier syg bersama madu syg

sofia al barakbah tu ya

done berangan
Quote MatDeghem 23-1-2021 09:07 AM
Harap dik Hanna share your principal pada akak Budu Kardashian kelantey tuuuu


Quote hybridity 23-1-2021 01:16 PM
aii suka kalau pu riz ni pilih dia dari acik lopa tu
Quote violetungu 23-1-2021 01:23 PM
Subhanaallah memang cantik..xdak cacat cela nya..jeles i.
Quote Tudungpink 23-1-2021 01:34 PM
Cantik...
Quote TerataiMelur02 23-1-2021 01:39 PM
Ha.. Yang ni barulah layak kalau d katakan gadis idaman jejaka2 d malaysia. Diam comel, senyum comel, mekap comel, tak mekap pun comel dannnn paling penting bukan sejenis gedik acah muslimah tapi buat video ala2 hindustan menari bagai.
Jangan tanya sapa, tak lain tak bukan mira basic
Quote minahgempal 23-1-2021 03:50 PM
sapa tau gambar last tudung corak bunga tulip tu brand sapa?lawa..nak beli..klau brand lofa tk ada nmpk plk jual..btw suka hanna nie..cantik dia..manis sgt bila bertudung..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.199568 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top