Pelawak Shuk Sahar terkejut apabila dimaklumkan oleh pengikut mengenai kehadiran bunyi misteri seakan-akan wanita menangis semasa dia sedang bersiaran langsung di laman Instagram.
Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata semasa kejadian dia tidak menyedari sebarang bunyi misteri kerana terlalu fokus melayan pengikut. "Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya... saya memang tak dengar apa pun waktu live tu. "Mula-mula saya live biasa je... lepastu kami main teka-teka umur dan nama... siapa menang dia dapat duit RM150. "Kemudian saya tengok kat ruangan komen semua kata ada suara orang menangis, padahal saya tak dengar apa pun!” katanya.
Penyampai radio Hot FM ini berkongsi mengenai kejadian misteri itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis. Dia turut memuat naik rakaman berdurasi 12 saat memperlihatkan dirinya bersama seorang teman yang turut berada dalam video tersebut.
|
cha-cha replied at 22-1-2021 03:36 PM
skandal menangis
Kurex replied at 22-1-2021 08:29 PM
Btw aku tak faham la orang yg suka warnakan rambut putih. Tak semua orang sesuai rambut warna gini t ...
ADVERTISEMENT