Sebut sahaja nama selebriti terkenal, Neelofa bukan sahaja bekas pengacara MeleTOP yang menjadi perhatian malah, ahli keluarganya yang lain juga turut dikenali ramai. Dalam pada itu, Ameera Khan dan Athisha Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan kedua mereka sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.
Baru-baru ini, Atisha Khan dilihat ada memuat naik video menjawab soalan yang diajukan oleh pengikutnya di Instagram. Namun, satu soalan ini menarik perhatian apabila keluarganya digelar ‘Kardashian Kelantan. Meskipun Atisha dilihat teragak-agak untuk menjawab soalan berkenaan, namun dia memberikan jawapan jujur dimana dia tidak ambil peduli dengan gelaran diberikan netizen. Ujarnya, mungkin gelaran itu diberikan kerana jumlah ahli keluarganya yang ramai dan mungkin juga kerana pelbagai ‘drama’ yang berlaku dalam keluarga mereka.
“Saya tak tahu, saya tak peduli sebenarnya. Sebabnya saya tak rasa sesiapa cuba menjadi seperti orang lain pun. Saya tak pasti. Kalau bukan kami pun, sesiapa sahaja boleh diberi gelaran tersebut. Tapi kali ini, kami yang kena,” katanya. Dalam pada itu, gadis berusia 23 tahun itu berkata dia kini sedang belajar cara untuk tidak mengendahkan kata-kata sedemikian, namun dia mengakui dirinya seorang yang susah untuk menepisnya. Sumber: RotiKaya |
CiliPadiSedap replied at 22-1-2021 02:17 PM
kim karadshian tu siapa? awek kim jong ung ke?
cikperiukkera replied at 22-1-2021 09:14 PM
Tp dlm byk2 kardashian klate clan rasanya sheols yg plg sempoi & simple...& educated. Berbeza btol d ...
ellejo replied at 22-1-2021 10:20 PM
kanye west panggil kris jenner kris jong un
CiliPadiSedap replied at 22-1-2021 10:34 PM
nigga body cantik, tapi apam dia letak apa sampai tembam sgt pakai minyak kelapa dara kut. kak ...
ellejo replied at 22-1-2021 10:11 PM
kardashian kelate boh.
“ i just literally can’t trust Kim anymore, she is so negative, she is d ...
ADVERTISEMENT