Seorang suami didakwa menyimbah air panas ke tubuh isterinya gara-gara berang dikejutkan untuk bangun bersarapan. Aly Ay, 28, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas isterinya, Rukiye Ay, 23, pada 9 Januari lalu, lapor Daily Star.
Wanita itu mengalami kecederaan teruk di bahagian belakang tubuh sehingga dikejarkan ke sebuah hospital di Turki pada hari kejadian. Sewaktu ditemui di hospital, Rukiye berkata dia membawa sarapan ke katil sebagai kejutan, namun suaminya yang sedang tidur berang kerana dikejutkan. Selain itu, suaminya turut mengugut untuk menceraikannya, dakwa wanita itu lagi. Selain tubuh wanita itu, air panas turut tumpah di atas kaki anak mereka yang masih kecil dalam kejadian itu. Lelaki itu ditahan polis sebelum dibebaskan dengan jaminan, sekaligus mengundang kemaragan orang ramai. Sumber: mStar |
Normabaru replied at 23-1-2021 01:01 PM
Kawen lawa hansom pon xbahagia.huhuuu...
Kerexxx replied at 23-1-2021 01:30 PM
Tp yg xlawa dan x hensom pun x bahagia sis...cmno?
ADVERTISEMENT