CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Ditikam Suami Ketika Tidur Kerana Disangka Curang

23-1-2021 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2550| Komen: 7

Lelaki membunuh isterinya dengan kejam selepas mencurigai isterinya curang dengan lelaki lain.


Gambar hiasan


Dalam kejadian di Demak, Jawa Tengah itu, mangsa, Nur Kamidah, 38, ditemui meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya pada Jumaat.

Ibu dua anak yang bekerja sebagai petani itu dibunuh suaminya berusia 41 tahun sekitar jam 4 pagi ketika tidur di dalam biliknya.

Menurut jurucakap polis, AKP Muhammad Fachur Rozi berkata, mangsa mengalami luka tikaman di pipi kanan, bahagian belakang telinga kanan dan bahagian kiri dada.

Selain lebam pada leher, pergelangan tangan kiri mangsa turut dilaporkan patah.


Kredit foto: TribunNews


Polis yang tiba di lokasi sebaik menerima maklumat orang awam turut merampas barang bukti antaranya sebilah pisau dapur, bantal dan seluar panjang berwarna hitam.

"Pihak kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian dan suspek dipercayai membunuh isterinya kerana mengesyaki mangsa berlaku curang," katanya.

Suspek berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote romeor 23-1-2021 02:02 PM
Seramnya. Nape sampai bunuh.
Quote dua_chzy 23-1-2021 02:03 PM
Bosan la baca berita Ndon.
Quote Tinot7 24-1-2021 03:26 PM
Takziah kpd keluarga
Quote n3ar 24-1-2021 03:47 PM
baca tajuk dh agak mesti dari hindon....

puak2 sana dan berita pelik & bengap berpisah tiada
Quote spankee_fili 24-1-2021 07:03 PM
Err tak tau ke talak kat tangan suami?
Cerai je la pastu move on cari bini baru
Orang laki bukan ada expired date pun
Rugi je buat gini, dosa dapat penjara dapat
Bila 9 akal letak kat dalam seluar
Quote Ain_h 26-1-2021 12:05 PM
Aneh aneh betul
Quote minguk 26-1-2021 12:14 PM
entah-entah lakinya yang curang.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.042817 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top