Dikala peminat bola sepak sedang asyik memperkatakan perlawanan akhir piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang semalam, tiba-tiba muncul cerita yang kurang enak didengar apabila pelakon yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Fizo Omar dikritik gara-gara berkongsi sekeping foto yang dimuat naik menerusi laman sosialnya malam Jumaat lepas. Menerusi foto tersebut, dilihat terdapat beberapa orang peminat tudung Fareeda sedang berkampung di hadapan butik jenama tudung terkenal itu, semata-mata untuk mendapatkan nombor giliran, sempena perasmian tudung eksklusif pertunangan Fizo dan Mawar, Sabtu lepas. Susulan perkongsian foto itu, terdapat pelbagai tanggapan negatif telah diberikan oleh pengikut laman sosial Fizo. Meneliti setiap respon yang diberikan, terdapat segelintir antara mereka mengatakan tindakan yang dilakukan oleh peminat tudung Fareeda itu hanya satu perbuatan sia-sia dan tidak masuk akal. Dalam pada itu, ada juga antara mereka mendakwa kononnya Fizo dan Mawar sengaja mengambil kesempatan atas populariti mereka berdua. Setelah mendapati ramai yang telah salah anggap mengenai foto tersebut, Fizo telah memuat naik satu lagi status di laman sosialnya, bagi menjelaskan situasi sebenar. Menurut Fizo, tujuan utama dia berkongsi foto tersebut hanyalah untuk berkongsi kemeriahan yang disambut baik oleh peminat jenama tudung terkenal itu dan bukannya untuk mencetuskan sebarang kontroversi mengenai hubungannya dengan anak pemilik butik tersebut. Bagaimanapun, status yang dimuat naik menerusi laman sosial Fizo ini telah pun dipadam semalam. Untuk makluman, Fizo dan Mawar bakal melangsungkan pertunangan serta pernikahan mereka pada 9 & 10 November ini di kediaman pengantin perempuan di Country Heights, Kajang.
|
haryatie posted on 4-11-2013 10:14 AM
sengal jerk..
mcam tu sekali semata mata nak beli tudung..
pelik ngan org2 mcm ni..
tapibukanaku posted on 4-11-2013 10:18 AM
da lah musim hujan kat bangi ni. gigih jua memasing nak membeli nya
iols pernah sekali berebut... ...
annehuda posted on 4-11-2013 10:20 AM
berkongsi kemeriahan? ape maksudnye? sbb fizo omar dah bertunang so ramai berpakat beli tudung faree ...
haryatie posted on 4-11-2013 10:20 AM
lawak le citer ko..
klau aku ada ..mau aku gelak sakan kat dia..
tu ler excited sgt..sm ...
nurfariezza posted on 4-11-2013 10:18 AM
pelik jgak org yg minat tdung fareeda ni...
smpai sggup beratur b'jam2...
annehuda posted on 4-11-2013 10:28 AM
iols ade kawan yg mmg keje jahit tudung. die tiru fesyen tudung fareeda ni sejibik sejibun dari ka ...
ADVERTISEMENT