Sejak kebelakangan ini, sering kita dengar berkenaan permainan ‘babi air’ yang dibuat menggunakan gel penyejuk untuk kegunaan meredakan demam. Banyak video-video yang dilakukan oleh Instafamous atau selebriti media sosial menunjukkan mereka membela ‘babi air’ sehingga menjadi ikutan para remaja khususnya pelajar sekolah. Content apa ni sebenarnya? Walau bagaimanapun, permainan tersebut ternyata mengeluarkan modal apabila perlu membeli gel penyejuk atau koolfever sebelum direndam di dalam air dan membiarkannya kembang seperti agar-agar. Jadi, seorang Instafamous dikenali sebagai Aisar Khaleed telah memuat naik video membeli seribu koolfever hanya untuk membuat ‘babi air’ ini di saluran YouTubenya.
Beli seribu sebab nak buat ‘babi air’? Perkara tersebut telah mendapat kecaman warganet kerana menganggap tindakan yang dilakukan Aisar seperti tidak masuk akal memandangkan harga koolfever itu tidaklah begitu murah. Pastinya perkara tersebut akan menjadi ikutan para remaja dan kanak-kanak yang dilihat semakin taksub dengan permainan ini. Baru haritu ada ibu terpaksa curi sebab takde duit Lebih membuatkan netizen kurang senang pastinya berhubung kait denganisu baru-baru ini dimana ada seorang ibu terpaksa mencuri koolfever di pasara raya untuk anaknya yang demam kerana tidak cukup duit untuk membelinya. Membazir duit, kool fever & membazir kebodohan Rasa tidak setuju itu telah disurakan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai muhdnajib103 dan mendapat sokongan daripada netizen lain. Mereka menyuarakan bahawa tindakan sebegitu dilihat sangat membazir dan langsung tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Orang lain punyalah susah carik Ada orang sanggup mencuri sebab anak demam “Muka ada, tapi content bodoh” Sumber: muhdnajib103, aisar_khaleed/OhMedia |
AshKetchum replied at 24-1-2021 12:59 AM
ADVERTISEMENT