"Kes ambil duit dengan tulis buku je kat Gereja ni sebenarnya PALSU." Apabila tular kisah kesusahan individu atau keluarga beragama Islam, pasti ada sahaja yang menunding kesalahan kepada organisasi Islam yang didakwa tidak peka dengan masalah mereka. Lebih dahsyat, ada pula yang mendakwa lebih mudah meminta bantuan daripada pihak gereja berbanding pusat zakat. Amil zakat, Faisal Rahim menegaskan cerita tersebut sebenarnya rekaan semata-mata oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Namun disebabkan ia tular dan banyak pula portal berkongsi kisah sama setiap tahun, membuatkan orang percaya dengan fitnah tersebut.
Bukan sahaja imej badan Islam tercalar, gereja pun pening kepala apabila ramai orang Melayu yang meminta pertolongan mereka kerana percaya cerita itu. Menurut Faisal lagi, Institusi zakat telah berjumpa hampir semua pihak pengurusan gereja sekitar Petaling Jaya yang dikatakan memberi bantuan berupa duit. Namun, mereka menafikan hal tersebut. "Bila viral cerita tu, ramai muslim berderet datang ke gereja nak duit bila viral baru setiap tahun. Sama macam masjid, mereka bantu jemaah Church bila susah, itupun budi bicara." Menjelaskan yang kemungkinan cerita itu timbul kerana derma daripada individu dan bukannya gereja, tetapi apabila diulang cerita oleh orang lain, sebaliknya pula diceritakan. Netizen turut berpendapat bahawa ia adalah perkara biasa. Satu kesilapan akan menutup 1000 kebaikan lain. Dengan ini, diharapkan lebih ramai yang mengetahui cerita yang sebenarnya. Bak kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia, "Tidak Pasti Jangan Kongsi" patut dibudayakan supaya tiada lagi cerita rekaan berligar di alam maya hingga menyusahkan pihak lain. - CARI |
lavendernovella replied at 25-1-2021 05:18 PM
Suka tgk style ustaz ebit, jumpa depan2 , sah mmg perlu dibantu, terus bagi bantuan. 3 step jer. San ...
hakikat_hidup: Edited by hakikat_hidup at 25-1-2021 03:56 PM Ada juga pernah dengar dari sebelah pihak Zakat ni juga..kadang2 bukan suka buat syarat ketat permoho ...
hakikat_hidup: Edited by hakikat_hidup at 25-1-2021 03:56 PM Ada juga pernah dengar dari sebelah pihak Zakat ni juga..kadang2 bukan suka buat syarat ketat permoho ...
najib888 replied at 25-1-2021 07:21 PM
Ye.. betul. Cara UEL ni terus ke sasaran. Tapi, ada keadaan juga, kaedah ini memberikan persepsi ...
yusryimran replied at 25-1-2021 01:46 PM
tetapi kan mmg betul pusat zakat punya lah payah minta bantuan mcm2 dia nak its happen many times pa ...
ADVERTISEMENT