Kisah penceraian pelakon, Rita Rudaini dan pemain bola sepak, Aidil Zafuan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi hangat. Konflik di antara mereka semakin diperkatakan apabila Rita Rudaini membuat tuntutan nafkah anak di mahkamah beberapa tahun lalu. Terbaru, Aidil Zafuan menerusi Instagram menafikan dakwaan dia telah mengabaikan tanggungjawab kepada dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Dakwaan ini timbul apabila Aidil dikatakan membuat pernyataan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Menurut Aidil, selama ini telah memberi nafkah setiap bulan tanpa gagal kepada anak-anak seperti mana yang telah ditetapkan mahkamah.
Malah, dia mempunyai semua bukti pembayaran yang telah dibuat. Sementara itu, Rita pula menjelaskan yang dia tidak pernah cakap Aidil tak bayar nafkah kepada anak-anak mereka, tetapi jumlah nafkah yang diberikan itu dilihat masih sama sejak anak umur 1 tahun hingga sekarang yang sudah besar. Bagaimanapun, Rita sempat mengucapkan rasa syukur kerana pada tahun 2013 telah menerima nafkah keperluan anak-anak sebanyak RM3,000 yang pada ketika itu berumur 1 dan 3 tahun. Tapi untuk taun 2021 Rita sekali lagi berteka-teki. Rita yang mengakui terkejut membaca luahan bekas suaminya itu terpaksa bersuara walaupun selama ini banyak berdiam dan menguruskan semuanya sendiri. Sumber: BeautifulNara
|
jamilahpropa replied at 25-1-2021 12:52 PM
Nafkah without perhatian bapak ape la nikmatnya..
Emosi anak tu xtau la camne kan.. Sedih fikir ana ...
meah_kelabu replied at 25-1-2021 12:42 PM
kalau edel mintak balik anak nak jaga so that dia xpayah bg duit utk royani ni jage agak2 nk ke tak? ...
pilot replied at 25-1-2021 01:31 PM
sok edel dah tua berkedut klu panjang umo baru dia teringat2 kat anak dia...
la ni dok ulit anak2 ...
ADVERTISEMENT