Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Ilias menerusi hantaran di Instagram meluahkan isi hatinya yang tertekan selama ini akibat terus dikecam warganet kerana penampilannya seperti seorang wanita.
Menurut Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias, dia akui bahawa dirinya merupakan seorang transeksual (mak nyah) dan tidak malu untuk mengaku akan statusnya kerana enggan berpura-pura. Dia berkata, selama ini menerima dengan hati terbuka segala kecaman dan teguran, namun netizen tidak mengetahuu bahawa dia telah lama bertarung dengan tekanan perasaan (depression).
Safiey yang turut memuat naik sebuah rakaman video memperlihatkan dia sedang membuat pembedahan atas payudaranya turut memohon maaf seandainya kehadiran itu tidak disenangi dan berharap agar orang ramai tidak terus menentangnya.
|
KIM.K replied at 25-1-2021 03:31 PM
Teruk disorder yang dia lalui ni. Ramai pesakit ngelak limelight tapi dia gagah duk kena caci
ADVERTISEMENT