PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP. Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). "PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa. "Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.
"Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang. "Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka," katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini. Sumber ; BeritaHarian |
wnwa05 replied at 25-1-2021 09:47 PM
bagi raya cina dulu ke tu.. kita tunggu 14 feb pulak.harap tak uturn untuk pkp lg ketat je. yg sekto ...
wnwa05 replied at 25-1-2021 09:47 PM
bagi raya cina dulu ke tu.. kita tunggu 14 feb pulak.harap tak uturn untuk pkp lg ketat je. yg sekto ...
Oroi8887 replied at 25-1-2021 09:59 PM
Klu mcm tu baik takyah pkp la skg ni... Pkpb pun takyah. Hidup mcm biasa je.
meteorspeed replied at 25-1-2021 10:01 PM
Kan.. Aku tgk kes makin naik.. Aku pin tak tau la pemikiran deme nie.. Deme nie tak dak wasap grou ...
ADVERTISEMENT