Tular beberapa hari ini kes syarikat penghantaran barangan J&T mengalami masalah dalam servis mereka. Ramai melaporkan barangan yang mereka pesan lewat sampai. Menurut hantaran Facebook yang bernama Nur Sirah, beliau ingin mendapatkan barang pesanan miliknya yang telah kelewatan untuk diterima selama 6 hari. Ini berlaku di gudang milik syarikat itu di Sri Kembangan. Loading FB Post...
Banyak barangan penghantaran telah tersadai. Staff juga ramai tak ada. Staff yang tinggal juga melaporkan menerima mengalami gangguan sistem. Sementara itu, selepas diselidik kenapa hal ini terjadi, dilaporkan bahawa pihak pengurusan syarikat itu telah membuat perubahan kepada sistem pengurusan pekerja mereka. Ini adalah seperti maklumat hantaran Facebook yang bernama Muhammad Zaki yang menyatakan bahawa pihak J&T telah memotong gaji dan komisen pekerjanya. Loading FB Post... Kasihan kepada pihak yang terlibat, sama ada pihak J&T, pekerja J&T, penjual serta pembeli juga turut menerima tempiasnya. Adakah terdapat penyelesaian kepada masalah ini? Sama-sama kita nantikan. Sumber : Odisi |
bakingsoda replied at 25-1-2021 11:04 PM
babinya j&t ko bukan terjejas pon, kenapa potong gaji pekerja?
matchstick replied at 25-1-2021 11:43 PM
Kan..tak patut betul. Sblm ni aku senang hati betul dgn service j&t. Laju dpt barang sbb ramai par ...
honeybee1802 replied at 26-1-2021 12:14 AM
last order aku sampai dgn jnt 2 minggu lepas..ni nak order baru ni...korang jgn mcm2 weiii..tp ser ...
ADVERTISEMENT