Keira Knightley mengatakan tidak pernah membantah adegan bogel atau seks dalam sesebuah karya. Namun, sebagai aktres, dia mengatakan tidak lagi akan melakukan adegan sedemikian jika filem lakonannya diarahkan sutradara lelaki.
Malah, Keira mengatakan klausa atau peraturan dalam kontrak kerjayanya juga telah diubah dengan'tidak melakukan adegan seks'. Sewaktu muncul menjadi tetamu di podcast Chanel Connects, dia mengatakan alasannya berbuat demikian. Kata bintang berusia 35 tahun itu, dia menolak melakukan adegan seks yang diarahkan sutradara lelaki kerana telah memegang status ibu kepada dua anak perempuan hasil dari dua perkahwinannya. "Jika saya perlu atau akan terbabit dengan sebuah karya berkaitan kehidupan seorang ibu atau perlu ada adegan untuk saya berbogel atau seks, maaf, saya hanya akan melakukannya di bawah arahan pengarah wanita," katanya seperti dilaporkan CNN.
Bintang yang melonjak naik menerusi filem Pirates of the Caribbean ini kemudian menambah dia tidak akan terbabit dengan naskhah yang mempunyai adegan seks yang menimbulkan keghairahan. "Saya tidak lagi akan melakukan babak seks yang mengghairahkan. Saya tidak berminat," katanya. Meski demikian, Keira mengatakan dia memahami keperluan adegan seks dalam sesebuah naskhah. "Saya sedar betapa adegan seks akan menjadikan filem lebih cantik', namun pandangan saya secara umum sebenarnya mereka hanya memerlukan seseorang yang kelihatan hot. "Jadi, saya fikir sebagai ibu dua anak, saya tak sanggup melakukan adegan sedemikian lagi. "Saya tak rela berbogel di hadapan sekumpulan lelaki dan merakamkan saya. Anda boleh memilih orang lain melakukannya," ujarnya. Sumber: Gempak |
234126 replied at 26-1-2021 11:47 PM
kasut lakinya tu pinjam kasut keira ke? Lain mcm pulak designya macam kasut vintage kulit iol je kik ...
234126 replied at 26-1-2021 03:47 PM
kasut lakinya tu pinjam kasut keira ke? Lain mcm pulak designya macam kasut vintage kulit iol je kik ...
immaryjane replied at 29-1-2021 09:01 PM
Tak memasal scroll atas balik. Tu kn kasut jelly hahahahaha lawak nye laki dia pkai
royaldanish replied at 30-1-2021 09:06 AM
hahaha iols pun nak komen benda yg sama juga
cyber_mania replied at 26-1-2021 02:51 PM
"kerana telah memegang status ibu kepada dua anak perempuan hasil dari dua perkahwinannya."
Keira ...
ADVERTISEMENT