CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sweet Qismina 'Berperang' Dengan Cikgu Isu Buku Teks Sekolah Adik

26-1-2021 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18190| Komen: 135

Pelakon Sweet Qismina tidak puas hati dengan sistem pengambilan dan pemulangan buku teks oleh pihak sekolah.


Kredit foto: IG Sweet


Farhanna Qismina Suspandi berkata, dia berasa tidak adil dengan sistem yang diguna pakai kerana hanya membenarkan ibu bapa dan penjaga sahaja mengambil dan memulangkan buku teks di sekolah, khususnya di sekolah menengah.

Dia terpanggil bersuara tentang hal tersebut semasa mengambil buku teks sekolah adiknya.



Kata Sweet, adiknya merupakan pelajar sekolah yang sudah berusia 17 tahun dan mampu melakukan perkara tersebut secara sendiri.

Malah, tidak semua ibu bapa atau penjaga sihat tubuh badan dan mampu bergerak ke sana sini di bawah cuaca terik.


Tambah pelakon drama Bidadari Salju itu, dia simpati dengan nasib ibu bapa yang ditimpa sakit akibat mengangkat buku teks yang berat.

“Lagi satu, boleh tak tolong bantu ibu bapa arah mana yang perlu mereka pergi? Saya dahlah tak tahu kelas adik di mana, sekolah besar dan jenuh tawaf satu sekolah tahu tak. Saya sampai tak ada nafas dengan pakai topeng pelitup muka lagi. Jadi, bayangkanlah orang yang berumur macam mana?” soalnya serius.


Kredit foto: Twitter

Enggan perkara tersebut menyusahkan golongan ibu bapa terutama mereka yang sudah berusia, Sweet mencadangkan agar pihak sekolah membenarkan pelajar mengambil sendiri buku teks di sekolah.




Kredit foto: Twitter/IG

Terdahulu, Kementerian Pelajaran mengeluarkan garis panduan kaedah pemulangan dan agihan buku teks kepada pelajar menerusi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Garis panduan berkenaan menetapkan syarat hanya ibu bapa atau penjaga yang dibenarkan datang ke sekolah untuk memulangkan dan mengambil buku teks anak-anak mereka berdasarkan jadual yang ditetapkan pihak sekolah. 


Sumber: K!ONLINE

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boojaat 26-1-2021 11:42 PM
Cikgu tolong kutip jer la mana buku yg studen tinggal bawah meja tu.  Kan dh lama wfh khensss..
Quote doubleA 26-1-2021 11:43 PM
Gigih la bergasak dengan cikgu tu. Nak mudah camana lagi. Bukan pelajar je stress, cikgu, mak bapak, ya semua terkesan dengan covid. Jadi saling senangkan satu sama lain dari blaming each other, hujung2 semua tak puas hati, semua stress
Quote akies 26-1-2021 11:44 PM
Entahla. Minggu lepas 2 x husband pegi sekolah amik buku teks anak sebab ikut jadual.
Si kakak pukul 9.30am.
Datang balik pukul 12tgh hari untuk si adik.

Next week, sekolah agama pula.
Kali ni jadual ikut hari la.

Kalau parents uzur, bolehla kut patutnya wakilkan dengan anak. Tapi kena discuss dan inform sekolah. Mesti sekolah ada solution kes2 terpencil cam ni.
Quote cruz2 26-1-2021 11:46 PM
Gigihnya cikgu tu berbalas komen kat ig retisss
Quote MinnieNini 26-1-2021 11:47 PM
Eh sekolah mana adik sheolls tu.. sek anak I.. sek rendah pun murid boleh ambik sendiri yer.. janji kira buku cukup.. pastu sign..
Quote Didi_dido 26-1-2021 11:50 PM
Sekolah agama kt umah aku ni elok je bdk2 yg kuar and amik sendiri. Mak pak cuma drop je diorg pastu diorg g kelas masing2 utk pemulangan n pengambilan buku teks. Bdk sekolah rendah tu.
Quote exclusive_vvip 26-1-2021 11:51 PM
ada rasional la kenapa KPM keluarkan garis panduan gitu..kalu benarkan pelajar2 pegi amik, kang merayap ntah kemana, pihak sekolah jugak nak kena menjawab dgn ibubapa..KPM buat garis panduan tu utk melindungi pihak sekolah jugak..maklumlah,bebudak skrg akal panjang..kang dok berjanji ngan memember jumpa lepas amik buku teks, pastu berkumpul ramai2 ntah kat mana..berdating bf gf lagi..kalu x jadi tragedi apa2 mmg la takde apa..ni kang buatnya polis tangkap sbb merayap time PKP, semua tu melibatkan pihak sekolah jugak..dia nampak susah dia je..yg adik ko pun, dah kenapa tinggal buku teks dlm kelas, pastu time pkpb bulan 12 aritu kenapa tak gi amik buku yg tertinggal tu?..
Quote SayaSayangMama 26-1-2021 11:53 PM
Cikgu ni cm xde option yek. Diorg mmg boleh pilih satu je yek? Knp ada persoalan “klu suruh parent nnti kata tak larat. Klu suruh student nnti ada risau kt anak”

Tak boleh ke dua dua boleh je amik buku teks tu.

Senang kerja je cikgu ni.

Haritu kes bg kerja sekolah berlambak kt whatsapp.
As if xde option lain. Buat la dua tiga cara nk mngajar. Anak aku tadika pun cikgu buat tiga cara, video rakam siap siap, meeting google dan kerja sekolah kt wa bg sapa yg sempat nk ikut live. Cikgu sekolah kerajaan ni bodo ke. Mentang mentang gaji xbergantung dgn parent pelajar ko buat main je.
Quote fadz84 26-1-2021 11:53 PM
cruz2 replied at 26-1-2021 11:46 PM
Gigihnya cikgu tu berbalas komen kat ig retisss

Taknak kalah cikgu tu.. mesti sejenis yg pantang diusik tu.. hehehe
Quote MinnieNini 26-1-2021 11:57 PM
Kecoh lebih lah retisss2 gini.. sekolah pun sek kerajaan.. buku teks pun pinjamannn.. usahalah sikit.. tunjukkan inisiatif.. dia yg br umur 24 tahun pun konon penat tawaf sekolah.. puihhh.. patutnya taraf2 adik retis ni kena beli sendiri buku tau.. sila beli dan angkut dr kedai buku..
Quote matjerk 26-1-2021 11:58 PM
Cuma nak cakap perang dgn cikgu x kan penah menang
Quote matjerk 27-1-2021 12:00 AM
cruz2 replied at 26-1-2021 11:46 PM
Gigihnya cikgu tu berbalas komen kat ig retisss

Itu lah.. ntah2 buat telegram..not allow comment.. mak pak pm tnya psl pembelajaran anak2 x jawab... sebok nak berbalas dgn retis. Eh bencii
Quote Didi_dido 27-1-2021 12:14 AM
Ada cikgu2 yg sgt kreatif. Bole pikir ada byk cara selain dilambakkan keje dlm wasap je. Tp ada gak cikgu yg menyakitkan hati. Aritu member aku suggest kt cikgu ank dia suh fotostat homework and tinggalkan kt pak guard sekolah. Sbb ada parents blk keje pn mlm. Cikgu tu jawab,klo fotostat sapa yg nk cover cost fotostat tu? Aku tepuk dahi dgr. Kt sabah sarawak cikgu2 fotostat siap bawak depan pintu umah student lg.
Quote katak hijau 27-1-2021 12:42 AM
SayaSayangMama replied at 26-1-2021 11:53 PM
Cikgu ni cm xde option yek. Diorg mmg boleh pilih satu je yek? Knp ada persoalan “klu suruh parent  ...

X boleh cik. Utk elak crowd kalau terlalu ramai
Quote aderaderker 27-1-2021 01:05 AM
Komplen kat twitter, cik sweet dah komplen ni kat pihak berkenaan dulu ke..

Quote bondeh 27-1-2021 01:14 AM
Sekali baca nama ayah sheolls nampak Suspended
Quote bungarose 27-1-2021 01:19 AM
Nak senang macamaner lagi
Semua orang terkesan dengan covid weeiih
Quote depresio 27-1-2021 01:30 AM
Alahai
Membongak macam bagusla

Ko nak wakil mak bapak kena panas sekejap dah bising

Org lain elok je follow
Klau anak aku yg kena pergi ke boleh pwrgi ke aku pon bising
Dah tak leh gi sekolah tetiba boleh pulak suruh gi hantar buku teks
Apooooo
Meroyan ntah apa2
Quote Fafaaisa 27-1-2021 02:24 AM
SayaSayangMama replied at 26-1-2021 11:53 PM
Cikgu ni cm xde option yek. Diorg mmg boleh pilih satu je yek? Knp ada persoalan “klu suruh parent  ...

Amboi sedap nya kata cikgu sekolah krajaan mcm tu..x semua guru mcm tu la..ramai je guru yg bersusah payahutk memaatikan murid dpt yg terbaik...jangan sebab  ada segelintir yg parent komplen, habis semua dibodo kannya..

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.172904 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top