CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tidur Lambat Tapi Bangun Awal Ajak Solat Subu, Sufian Suhaimi ‘Terciduk’ Baca Mesej Haqiem Rusli

27-1-2021 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8388| Komen: 41

Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui kagum dengan sahabatnya iaitu Haqiem Rusli yang tetap bangun di awal pagi bagi menunaikan solat Subuh.

Meskipun tidur lewat pada malam itu, Sufian mendedahkan Haqiem tetap bangun awal dan menghubunginya bagi bersama-sama mengerjakan solat.



Foto: VIA mStar
"Terciduk mat... bangun-bangun dapat mesej ni, rasa disayangi pun ada.

"Haqiem Rusli tidur rumah saya malam tadi. Saya masuk tidur awal dari dia, bangun tidur tengok ada mesej ajak Subuh.

"Saya tak boleh nak gambarkan perasaan ini... indah” katanya menerusi Instastory pada Isnin.

Bersama teks ditulis itu, dia turut memuat naik paparan skrin mesej perbualannya dengan Haqiem.




Sebelum ini kerap kali foto Haqiem sedang bersolat di majlis hiburan tular di media sosial dan menerima pujian netizen.

Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH ke-33 ini memberitahu video tular menunjukkan dia sedang menunaikan solat bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya ujar Haqiem, menunaikan rukun Islam kedua itu adalah tanggungjawab setiap insan tanpa mengenal pangkat atau darjat.


Foto: IG
"Dalam hidup saya, nombor satu adalah Allah dan itu adalah selama-lamanya. Keduanya adalah keluarga dan ketiga adalah sahabat-sahabat saya.

"Saya tak minta video itu viral, takkan lah saya nak minta rakam video saya solat sebab saya nak viral... bukan macam itu. Benda itu ikhlas dan bab-bab agama bukan kita nak menunjuk ke apa," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 27-1-2021 09:43 AM
Solat tu bare minimum jah..betapa teruknya kalau ko x solat.
Quote Orix 27-1-2021 10:00 AM
kowserrrrrrrrrrrr
Quote one_aiman 27-1-2021 10:01 AM
habis la kejap lagi netizen cakap dak qieqie ni acah2 islamik..
Quote rayna_raynes 27-1-2021 10:07 AM
romantika sejantina ke dah dua orang ni
Quote irsa 27-1-2021 10:08 AM
Alhamdulillah. Hopefully berkekalan istiqomah ye dik kikie
Quote tuntasha 27-1-2021 10:22 AM
Ni nak buat filler content je ke kat ig nak kena hebah camni.aku mentioned kau, kau mentioned nama aku.
Quote awanysss 27-1-2021 10:44 AM
weezerfan replied at 27-1-2021 09:43 AM
Solat tu bare minimum jah..betapa teruknya kalau ko x solat.

bare minimum utk org2 yg biasa solat..
zaman skrg solat ni lgsg mcm takde apa.. budak2 skrg maghrib pun lepas kedai (sblm PKP) mcm takde apa..
lgpun si haqiem ni dlm industri yg kononnya lagha.. so indirectly nmpk la heols ni berjenis sikit..
Quote missyL 27-1-2021 10:46 AM
weezerfan replied at 27-1-2021 09:43 AM
Solat tu bare minimum jah..betapa teruknya kalau ko x solat.

Wajib kan.
Same goes tu doakn i pakai tudung.
Hmmm. Wajib jgk.i pn x alim pn. Lau alim x dok kt forum haha
Tp bende wajib no need to explain kot
Quote missyL 27-1-2021 10:47 AM
awanysss replied at 27-1-2021 10:44 AM
bare minimum utk org2 yg biasa solat..
zaman skrg solat ni lgsg mcm takde apa.. budak2 skrg maghr ...

Harap2 peminat die pn ikut teladan yg baik
Quote husna_amal 27-1-2021 11:09 AM
Cerita macam ni pentaksub haqiem rusli suka lah. Takde cerita lain nak dijajakan.
Quote sayawifenikmie 27-1-2021 05:01 PM

OK lah tu ...perkongsian yg baik ....

Quote helicornia 27-1-2021 05:19 PM
haqim rusli ni mmg budak baik kan
solat, mengaji
bukan dia yg viral pun.bukan dia yg letak gambar sejadah or pakai telekung with caption 'Alhamdulillah'. bertuah parents dia
jgn kata iols pentaksub dia plak
iold dh kertu dh 4series tak minat bbnu
Quote mesmerize 27-1-2021 05:25 PM
oklah bagus la saling mengingatkan ke arah kebaikan.. tak macam certain retis lelaki tu tengah2 maghrib pun buat iglive sampai ke isyak tak berhenti2 .. nak kata period jantan dah kawen
Quote lattehazelnut 27-1-2021 05:32 PM
Kalau tak solat iye pelik..
Quote annadonna 27-1-2021 07:33 PM
Promote benda baik ok aje
Quote sleepandream 27-1-2021 07:39 PM
bagus la retis bbnu skrg saling puji memuji each other... walaupun rival dalam industri khen...
Quote Mawar91 27-1-2021 08:58 PM
sleepandream replied at 27-1-2021 07:39 PM
bagus la retis bbnu skrg saling puji memuji each other... walaupun rival dalam industri khen...

Betul tu choul.Meols perasan artis BBNU ni saling supportive each other.Produk dorg pon rajin memasing post cover rakan BBNU lain.Nmpk la dorg bukan jenis nak makan sorg.Tu yg bagusnya bagi meols.Same2 nak naik & releven dalam industri.Suke tgok hubungan supportive cmni.
Quote YomiuriLandMae 27-1-2021 09:25 PM
alaa biasa la tu solat.. itu pun nak heran ke.. org2 zaman skrg ni mcm tgk org solat tu rare sgt dah.. x kesah la kau retis ke nobody..
Quote bakingsoda 27-1-2021 10:51 PM
mesmerize replied at 27-1-2021 05:25 PM
oklah bagus la saling mengingatkan ke arah kebaikan.. tak macam certain retis lelaki tu tengah2 magh ...

tumpahkan teh la sape tu bangang sangat selambatunjuk kat public tak solat maghrib

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.087624 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top