Penyanyi terkenal dengan tarian ‘goyang gerudi’, Inul Daratista menyarankan pemerintah Indonesia agar mengutamakan rakyat miskin dalam soal pemberian vaksin Covid-19. Menurut laporan KapanLagi, penyanyi itu berpendapat, masyarakat miskin sukar mendapatkan rawatan jika dijangkiti virus tersebut. Selain penduduk miskin, Inul juga menyarankan supaya pemberian vaksin turut mengutamakan petugas barisan hadapan. “Bayangkan kalau orang miskin yang dijangkiti. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital. Mereka harus memilih sama ada mahu makan atau beli ubat,” katanya. Penyanyi lagu Goyang Inul itu juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Jokowi kerana menyediakan vaksin untuk seluruh masyarakat Indonesia. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT