CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Lahirnya Agama Melayu, Guna Lafaz Syahadah Pelik

29-1-2021 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2856| Komen: 7

Ustaz Nasrudin Hassan selaku Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sememangnya layak menegur dan membetulkan akidah umat Islam yang akan terpesong sekiranya ada dalam kalangan kita yang merasakan ilmu agama penuh di dada.


Sedangkan pada hakikatnya, jika seseorang itu mahu berlagak sebagai seorang ‘USTAZAH’ hanya semata-mata dia bertudung, apakah ilmu agama yang ada di dalam dadanya itu setaraf dengan seorang ustazah?



Catatan Ustaz Nasrudin di laman sosial Facebook menggunakan akaun miliknya amat menarik kerana beliau membicarakan soal tugas pendakwah yang semakin mencabar.

Cabaran itu termasuklah daripada mereka yang merasakan diri itu seorang ‘USTAZ’ yang lahir daripada program realiti televisyen yang berkonsepkan keagamaan. Umpama seorang penyanyi melahirkan sebuah album yang berkonsepkan pelbagai genre.

Menurut catatan Nasrudin, makin mencabar tugas dakwah kita semua pada zaman mutaakhir ini. Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baru yang dikenali sebagai Agama Melayu.


Menurut catatan Nasrudin lagi, Agama Melayu itu menggunakan lafaz syahadah yang pelik (seperti yang saya dengar lafaznya iLa Ha iLa Ra iLa Ma) dan disambung dengan pengakuan AKU MELAYU sebanyak 7 kali.


Kredit foto: FB

Ibu Yati ialah bekas pelajar dari sebuah institusi pengajian awam tempatan.

Dia pernah bertugas sebagai pemberita di bawah sebuah organisasi suratkhabar sekitar tahun 2004. Dia juga pernah ‘bermain-main’ di Johor dan mempunyai hubungan yang baik dengan seorang pensyarah di sebuah universiti di Johor pada tahun 2005/2006.

Menggelar dirinya sendiri dengan panggilan IBU YATI, dia menggunakan platform media sosial untuk berkomunikasi dengan khalayak.

Jika hari ini dia melahirkan sebuah agama baharu, adalah elok lagi wajar mendapat teguran daripada pihak majlis-majlis agama dan ustaz yang bertauliah serta ustazah yang bertauliah dalam erti kata sebenar! 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 29-1-2021 11:57 AM
Edited by najib888 at 29-1-2021 11:59 AM

Ok.. yang aku tak faham mai mana pula cerita IBU YATI tu? Berjinak-jinak dgn apa? Bagi la cerita full.. main sipi2 saja..
Adakah ibu yati yg terpalit dgn kes saman Gone Eng pasal kapai terbang bawa 1028 turis China?

Ni mesti terpengaruh dgn fahaman batiniyyah kejawaen..
Quote miss_perfect 29-1-2021 03:40 PM
najib888:    Edited by najib888 at 29-1-2021 11:59 AM  Ok.. yang aku tak faham mai mana pula cerita IBU YATI tu? Berjinak-jinak dgn apa? Bagi la cerita full.. ma ...



Tu la kan... kalau google 'ibu yati agama melayu' yang keluar cerita 2-3 jam lepas which was this news..
Tak pernah tau pun wujud ajaran ni... tapi yang menyebarkan berita pasal ajaran ni adalah yadim sendiri
Quote Ain_h 29-1-2021 03:53 PM
Agama melayu xde, agama Islam ye
Quote capiloton 29-1-2021 04:03 PM
kes2 gini elok settle kan diam2 jer.
itu mmg tugas yadim dan pihak berkuasa.
kes ni pun cuma segelintir jer yang terlibat.
pegi sensasikan masuk socmed buat apa.
nak promote buat marketing ker?  
Quote notM 1-2-2021 07:43 PM
Aku Melayu Aku Melayu Aku Melayu Aku Melayu

Ada forummer Cari forum yang join????
Quote MontanaHannah 2-2-2021 09:53 AM
Benar sangat wraga asing mausk Malaysia ...habis agama pun nak di ronggengnya.
Quote Jorja 14-2-2021 06:01 AM
Agama Melayu? Koserr {:smile.. sapa menganut ajaran dia ni mesti suka pandang rendah bangsa lain kan..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036165 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top