CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suhaimi Saad Bengang Dituduh Guna Duit i-Sinar Ina Naim Buat Lagu

29-1-2021 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10578| Komen: 47

Perkongsian penyanyi Suhaimi Saad mengenai dia bakal muncul dengan sebuah album nasyid bersama isterinya iaitu Ina Naim dan anak-anak mereka mengundang kritikan netizen.

Suhaimi menerusi laman Facebook miliknya berkongsi paparan skrin komen daripada individu yang mendakwa dia menggunakan wang daripada program i-Sinar milik isterinya untuk pembikinan lagu.

Malah, individu tersebut juga mengungkit kisah lama bekas anggota kumpulan nasyid Inteam itu yang tidak membenarkan anak-anak bersekolah.

Kredit foto: IG


"Guna duit i-Sinar bini buat lagu... dah la tak bagi anak-anak sekolah," kata individu tersebut.

Suhami turut memuat naik paparan skrin akaun laman Facebook berserta foto profile individu tersebut di laman sosial miliknya.


Enggan melatah, Suhaimi memberi amaran kepada individu tersebut yang dianggap ingin menumpang popularitinya.

"Yang ni nak tumpang glamour ke nak mintak surat saman?"

"Aku pun ada KWSP, royalti, bisnes dan duit upah urut... walaupun" tulisnya.


Kredit foto: VIA mStar Online

Sebelum ini, penyanyi berusia 41 tahun itu memberitahu dia kini sedang menyiapkan sebuah album gandingan suaranya dengan Ina Naim dan anak-anak mereka.

Menurut Suhaimi, album yang bakal diterbitkan pada awal Ramadan tahun ini mengandungi 10 lagu termasuk sebuah zikir itu akan dijual pada harga RM30 berserta caj penghantaran.

Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata aitu Ehmad Hadie Elfardie, 13; Sallman El-Khoyri, 11; Phyrosh Elfadwah, 9, dan Nurlayla Elghufrony, 7.

Menerusi laporan mStar pada 6 November tahun lalu, Suhaimi memaklumkan dia menghidap sakit mata kronik sejak 2019 dan memerlukan bantuan isteri untuk melakukan urusan harian.

Suhaimi yang kini menetap di Kelantan bersama keluarganya juga mendapat bantuan daripada wakil komuniti Kubang Kerian. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 29-1-2021 10:54 AM
another thread for this scumbag?
Quote annehuda 29-1-2021 10:56 AM
staf tmpt aku merempan isinar tak lepas, tapi die bukan ade keperluan pun. gaji dah naik walaupun takleh nk claim ot and mileage, time pkp wfh die bantai buat business. duit isinar tu nak wat beli motor katenye
Quote friedfishsoup 29-1-2021 11:02 AM
Bukan saat, tapi Saad.
Aimy marah nanti nama bapak dia salah eja
Quote asmara_me 29-1-2021 11:02 AM
annehuda replied at 29-1-2021 10:56 AM
staf tmpt aku merempan isinar tak lepas, tapi die bukan ade keperluan pun. gaji dah naik walaupun ta ...

memang ada yang tak terkesan pun minta isinar tu. ada dua orang, sejak pkp. gaji dpt je, tapi mohon sebab nak beli iphone dengan nak buat majlis kahwin grand. siap tipu surat kata baru nak start kerja baru. huhu
Quote MadameOnion 29-1-2021 11:18 AM
betul la tu dia mmg tak guna duit isinar ina bodoh buat lagu..tapi guna duit ina bodoh makan secret recipe sambil mencepak dgn tunjuk gigi jarang
Quote masnona 29-1-2021 11:19 AM
Kelakargile tajuk. Hahahahha
Quote TerataiMelur02 29-1-2021 11:22 AM
Saman2 ni banyak duit sohai?
Quote shuerin 29-1-2021 11:24 AM
nk jgak selit duit upah urut...

jgn nnt ada yg tnye apa kelayakan mengurut, menggelupur plak nk spin
Quote alieyrina 29-1-2021 11:46 AM
Sapa aja yg beli album dia tu..xleh hadam aku
Quote ikanmasin 29-1-2021 12:28 PM
alieyrina replied at 29-1-2021 11:46 AM
Sapa aja yg beli album dia tu..xleh hadam aku

ada tu fan2 dia yg galak memuji bagai2 tu..hrp2 diaorg support lah kan
Quote kucingitam 29-1-2021 01:13 PM
shuerin replied at 29-1-2021 11:24 AM
nk jgak selit duit upah urut...

jgn nnt ada yg tnye apa kelayakan mengurut, menggelupur plak nk s ...

tanya je balik..ngurut apa?
Quote abadi84 29-1-2021 02:36 PM
Biz ape pulak?
Quote zuuu 29-1-2021 03:45 PM
RM 30 untuk lagu ko????x berbaloi lngsung
Quote exclusive_vvip 29-1-2021 03:54 PM
forumer Cari ke yg komen tu? Mcm ayat forumer je..btw, i lebih rela dia guna duit i sinar Ina buat album, daripada guna buat benda2 tahpape.. kurang2 boleh untung sikit..harap2 kaki kipas dia support la beli
Quote Ain_h 29-1-2021 03:57 PM
Tak baik mwnuduh tau
Quote dino 29-1-2021 04:03 PM
exclusive_vvip replied at 29-1-2021 03:54 PM
forumer Cari ke yg komen tu? Mcm ayat forumer je..btw, i lebih rela dia guna duit i sinar Ina buat a ...

tololwer nak beli??? kim salam la.. die jual produk semua tak laku haha

bisnes urut tak jln lg sembang acah dr kl dtg haha.. nak menipu agak2 la mana bleh rentas negeri.. tp tololwer puji... see rezeki insan teraniaya sentiasa murah haha
Quote Jemahjemah 29-1-2021 04:21 PM
Makin byk pulak bebenang dia ni la
Quote rogayahtop 29-1-2021 04:33 PM
Lmao banyak dpat duit urut ye. Extra serbis ke kak su
Quote slyfynx 29-1-2021 05:16 PM
Dr dulu lg dgr nk saman.
Saman le.
Nk mengeja pun terhegeh2, nk saman orang konon.
Blah la weh

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047920 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top