Pengacara dan usahawan, Karl Shafek mendedahkan dirinya harus menjalani ujian darah pada setiap bulan bagi memantau tahap keradangan dalam tubuhnya. Jelas Shafek, keradangan dialamainya itu berpunca daripada penyakit Ankylosing Spondilitis yang pernah dihadapinya sebelum ini.
Katanya lagi, bacaan darahnya ketika ini jauh berbeza jika ingin dibandingkan dengan manusia normal. “Rutin setiap bulan. Check darah untuk pantau tahap inflamation dalam badan sejak setahun lepas. Hopefully result darah keluar nanti takdelah tinggi sangat radang dalam badan ni. “Normal people 3-5 je reading dia. Tapi saya around 60-80. Pernah turun tiga kali je ke tahap 35-45. Tapi nak dapat normal bawah 10 memang susah dah akibat Ankylosing Spondilitis ni,” tulisnya. Menerusi perkongsian di laman Instagram, bekas pengacara Hlive ini turut memberi tahu dirinya harus mengambil ubat tahan sakit bagi mengawal tahap keradangannya itu.
Malah, ada kalanya juga dia hanya membiarkan sahaja rasa sakit tersebut kerana sudah menjadi kebiasaan. “Hari-hari telan ubat untuk control radang tu dan ubat tahan sakit je la 5-6 jenis. Kalau radang naik sampai 70-80 memang kena jaga-jaga. Masa tu dia boleh serang mata atau tisu badan yang lain. So far sakit belakang memang sentiasa ada. “Kena selalu physio je la utk kurangkan. Ada kala sakit sangat juga, tapi mungkin sebab dah terbiasa so hadap je la. Mental kena betul-betul kuat untuk lawan. Semoga Allah SWT gugurkanlah dosa-dosaku. Amin,” katanya lagi.
|
cicicumel replied at 29-1-2021 04:21 AM
Selalu tertukar dia ngn ni si Haze tu. Muka sama je
doubleA replied at 29-1-2021 01:34 PM
Siannya. Muda lagi dia. Masa awal2 sakit dulu dia memang down sgt, mungkin sekarang dah boleh terima ...
ADVERTISEMENT