CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jarang Makan Malam, Rahsia Raja Azura Awet Muda

29-1-2021 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8523| Komen: 42

Siapa yang tak kenal dengan Raja Azura yang terkenal dengan sapaan Kak Engku, antara selebriti wanita Malaysia yang tidak dimamah usia. Umur dah hampir 50 tahun pun masih kelihatan cantik dan bertenaga.


Mungkin salah satu sebab ialah kerana gelagatnya yang sentiasa ceria dan mencuit hati. Benarlah kata orang, sentiasa merasa gembira dan bahagia membantu kita untuk nampak lebih awet muda.



“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa petua yang spesifik. Biasa sahaja, nak inject pun tak mampu. Selalunya lepas balik rumah saya akan cuci muka seperti biasa. Sebelum tidur saya amalkan rutin basic, itu sahaja. Alhamdulillah kulit saya tidak pernah bermasalah.

Yang penting saya akan minum air suam secukupnya di samping makan suplemen setiap hari agar kulit kekal lembap. Kulit yang kering hanya akan mempercepatkan proses penuaan, itu yang kulit mudah berkedut.

Selain itu, bila sudah berusia kenalah cukup tidur. Saya juga kawal makan sebab berat badan cepat naik. Salah satu caranya ialah saya jarang makan malam.”

Foto: IG


Pemilik nama sebenar, Y.M Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini masih ligat dalam industri seni sebagai penyampai radio, pengacara, pelakon serta penyanyi. Raja Azura juga merupakan antara selebriti tempatan yang memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Perak.

Sejak bercerai pada tahun 2010, Raja Azura nampak sangat tenang dan ceria sepanjang mengharungi kehidupannya sebagai ibu tunggal. Barangkali sikapnya yang sangat ramah dan kelakar, menutup kisah dukanya itu. Agaknya apalah rahsia Kak Engku sehingga dia nampak sangat tabah?

“Hidup mesti diteruskan walau bergelar ibu tunggal. Apa yang saya amalkan selama ini ialah kuatkan mental dan fizikal. Selain itu, emosi juga perlu dikawal dengan baik. Dengan anak-anak saya bersikap terbuka apatah lagi mereka kini dalam usia remaja.



Seterusnya, pedulikan apa orang kata sebab hanya diri kita saja tahu apa yang terbaik. Barulah kita boleh menjalani life seorang ibu tunggal dengan sempurna. Sebab kitalah yang akan menggalas tugas seorang ayah, ibu, bibik, driver dan guru bila di rumah.

Kekuatan itu hadir setiap kali anak-anak memberi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran ataupun sukan sekaligus menggembirakan hati saya. Anak bongsu saya, Puteri Mia Maizura bakal mengikut jejak langkah saya dalam bidang seni dan bergelar penuntut di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.”

Seronok melihat keakraban Raja Azura bersama anak-anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq (19), Megat Luqman Haqim (18) dan Puteri Mia Maizura (16).




“Anak-anak memang rapat dengan saya. Merekalah best friends forever saya. Ke mana saja pasti kami tetap bersama. Antara kami juga tiada rahsia. Saya tidak pernah membezakan kasih sayang antara mereka, semuanya sama rata.

Kalau semua berkelapangan selalunya aktiviti yang kami lakukan bersama seperti tengok wayang atau memasak dan kemas rumah. Semuanya kami lakukan bersama sebab saya tiada pembantu rumah.

Pesanan Mama buat anak-anak, hormatilah ibu bapa walau apa pun terjadi. Jangan meminta-minta kalau tidak diberi. Selalu bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki ada di mana-mana. Usaha untuk menjadi hebat dan terbaik. Mama sentiasa berada dalam diri anak-anak. Mama tiada harta nak ditinggalkan, hanya ilmu yang dapat Mama berikan.” -CARI

Sumber: Nona.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_perfect 29-1-2021 12:40 PM
Gambar first tu nampak tua, salah mekap kot? gambar last tu nampak la dia macam dulu2
Quote zaraaqilah 29-1-2021 12:46 PM
anak2 lelaki dia iras muka x dia
Quote fadz84 29-1-2021 12:51 PM
zaraaqilah replied at 29-1-2021 12:46 PM
anak2 lelaki dia iras muka x dia

Kann. Anak pompuan dia iras Kak Engku.
Quote harkktuih 29-1-2021 01:03 PM
Ok la x yah mekap tebal2, pkai bulu mata unta mcm che ta pun still nmpk cantik ikut usia..
Quote Mina2215 29-1-2021 01:20 PM
Dia ni iras2 aunty dia pelakon Masam2 Manis Sharifah Hanim tu. suka tengok. Wajah klasik
Quote vee_zara 29-1-2021 01:25 PM
Masalahnya dia ni nampak muda ke? Muka tua je
Quote Boomibulat 29-1-2021 01:31 PM
Mcm Maz Hidayu jer..
Quote nuralisa 29-1-2021 01:36 PM
Sapa kata dia awet muda?
Standardla muka camtu utk late 40’s..
Ko ada kerjaya .. ada duit
Quote rain2169 29-1-2021 01:37 PM
kannnn... sapa yang cakap dia nampak muda??
heran aku......
Quote buragazz 29-1-2021 01:41 PM
Mina2215 replied at 29-1-2021 01:20 PM
Dia ni iras2 aunty dia pelakon Masam2 Manis Sharifah Hanim tu. suka tengok. Wajah klasik

Oo anti dia ker Sharifah Hanim tu.. aku minat dia.. Kak Engki pun aku minat muka cam sombong tapi klu tgk dalam youtube channel dia.. jenis suka bergurau dan ramah..
Quote sleepandream 29-1-2021 02:20 PM
buruk nye baju sheols pakai dalam gambar first tu...
sheols dah lama tak jadi host kan
Quote pavlovachoc 29-1-2021 02:57 PM
X nmpk muda pun
Quote TomyamPuteh 29-1-2021 03:01 PM
Aku suka dia sbb bkn dlm kategori tibaiunta
Quote clara_nur 29-1-2021 03:09 PM
rain2169 replied at 29-1-2021 01:37 PM
kannnn... sapa yang cakap dia nampak muda??
heran aku......



me pernah berselisih kak engku dgn anak pompuan dia..
kak engku mmg nmpk mudaaa..
dia dgn anak dia rasa dah mcm adik kakak jer..
Quote cikatilia 29-1-2021 04:14 PM
awet muda meh??
takat mekap 10 inci filter xyah laaa
Quote miz_hanne 29-1-2021 04:20 PM
nuralisa replied at 29-1-2021 01:36 PM
Sapa kata dia awet muda?
Standardla muka camtu utk late 40’s..
Ko ada kerjaya .. ada duit

Kan..mak iols yg keje menoreh getah dan angkat sawit pun rasa nampak lg muda dr dia ni..bkn rasa la..confirmmm..hahaha..
Quote MontanaHannah 29-1-2021 04:21 PM
xdelah muda,nampak mcm rupa diusia dia lah

sama mcm Che Tah juga...cantik tu ada tp muka tu muka org tua jua.
Quote kakiporet 29-1-2021 04:55 PM
Xnmpk muda pun.. Seiring dgn usia dia je..tp xminat sgt dia ni.. Bingit.. Kalau dia jd pgacara mesti diaaaaaaa je yg bcakap..lpstu suka potong masa org lain tgh bcakap.
Quote bluecrystal 29-1-2021 05:06 PM
Dulu kecik2 aku minat gila kak engku..simpan poster dia lagi..ok je dia ni potpet tapi tak meroyan kan

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.233948 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top