CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Sky QQ', Password Nak Langgan Pelacur Semasa PKP

29-1-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7326| Komen: 23

SERDANG: Aktiviti pelacuran wanita warga asing kini didapati berselindung di sebalik perkhidmatan hotel bajet, dengan menempah berbelas bilik hotel bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Ini dikesan dalam serbuan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sebuah hotel bajet di Taman Equine, Seri Kembangan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, berkata pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat pelacuran itu akan melihat gambar sebelum memilih wanita yang ditawarkan sindiket menerusi aplikasi laman sosial WeChat dan MiChat.

Foto: Berita Harian

"Taktik memilih dalam aplikasi laman sosial ini adalah untuk mengaburi kegiatan ini dikesan polis namun hasil perisikan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang, sejak tiga hari lalu, kegiatan ini akhirnya dibongkar.

"Ini kerana pelanggan akan datang terus ke hotel ditetapkan dan bertemu dengan penjaga dengan menyatakan kata kunci iaitu Sky Q Q sebelum dibawa penjaga ke bilik hotel wanita yang sudah dipilih dalan WeChat atau MiChat tadi," katanya yang turut meninjau serbuan berkenaan, malam tadi.

Razali berkata, dalam serbuan jam 9 malam itu lapan wanita asing bersama enam pelanggan tempatan dan seorang pelanggan warga asing serta ditahan di lapan bilik hotel.

Turut ditahan dua lelaki tempatan disyaki penjaga kepada kegiatan pelacuran berkenaan.

"Siasatan mendapati bayaran yang dikenakan adalah antara RM190 hingga RM220 untuk setiap kali perkhidmatan seks. Berdasarkan maklumat aktiviti pelacuran di sini sudah berlangsung sejak dua minggu lalu," katanya.

Dalam operasi sama polis turut merampas kondom, minyak pelincir, tuala, tisu dan wang tunai.

Semua individu berkenaan dibawa ke IPD Serdang untuk dibuat saringan air kencing dan kes disiasat mengikut Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63, menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah.

Mereka juga disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 iaitu langgar syarat pas lawatan sosial, Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Perintah Kawalan Pergerakan). -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 29-1-2021 01:34 PM
biasa sindiket pelacur ni guna gmbr kajol tapi bila check in dapat kojol.
Quote AbukRokok 29-1-2021 01:37 PM
CiliPadiSedap replied at 29-1-2021 01:34 PM
biasa sindiket pelacur ni guna gmbr kajol tapi bila check in dapat kojol.

ayoyo kadawaley

Quote CARI-MRO 29-1-2021 01:41 PM

Quote Boomibulat 29-1-2021 02:07 PM
CiliPadiSedap replied at 29-1-2021 01:34 PM
biasa sindiket pelacur ni guna gmbr kajol tapi bila check in dapat kojol.

Kajol masih relevan ke skrg sister..?
Quote Churchill 29-1-2021 02:18 PM
astaghfirullahalazim

jauhi zina dan jangan melakukan zina

Quote CiliPadiSedap 29-1-2021 02:34 PM
kasihan ayam tu dapat pelanggan badan berkerak
Quote rogayahtop 29-1-2021 04:07 PM
Takda pelacur lepas tu pati2 yg melanggan pelacur rogol pompuan malaysia pulak ada yg jugak yg bisingkan. Itu la pasal singapore arab saudi pun tutup mata agaknya walaupun ada sarang pelacuran kat negara masing2.

Quote insulin 29-1-2021 04:10 PM
Nampak x cun je.
Quote pxlbb 29-1-2021 04:35 PM
Tak takut kobid kah
Ataupun mereka pakai mask semasa senggama
Begitu iols husnuzon
Quote slavehunter 29-1-2021 04:54 PM
pxlbb replied at 29-1-2021 04:35 PM
Tak takut kobid kah
Ataupun mereka pakai mask semasa senggama
Begitu iols husnuzon

Ada demand business tetap jalan. Win win situation untuk semua.
Quote abangbikerz 29-1-2021 05:00 PM
pxlbb replied at 29-1-2021 04:35 PM
Tak takut kobid kah
Ataupun mereka pakai mask semasa senggama
Begitu iols husnuzon

Husnuzon. Mungkin mereka pakai full ppe sewaktu berlacuran
Quote Ain_h 29-1-2021 06:54 PM
Astagfirullah
Quote Ed_Lyn 29-1-2021 07:44 PM
Time Allah dok turunkan wabak covid ini pun masih nak buat dosa zina ye..  Selagi masih ramai yg dok buat maksiat,  mcm mana wabak ini akan berakhir..
Macam cabar Allah saja dorang ni..
Quote Churchill 30-1-2021 12:10 AM
ini model perniagaan bangsa @FOTHER-MUCKER  

dasar bangsa pengganas suka mengeksploitasi wanita

Quote Perawankota 30-1-2021 02:55 AM
Ntahlah.. Geli betul aku dgn org yg layan ******* ni
Quote TOPwind 30-1-2021 06:12 AM
sepatutnya pelacur dimestikan pakai topeng
supaya tak tau seiapa mereka dan tdak dbenarkan bercakap.
Tapi mesti bersih tiada bau body ok - guna no je.
Quote white_musk 30-1-2021 10:33 AM
TOPwind replied at 30-1-2021 06:12 AM
sepatutnya pelacur dimestikan pakai topeng
supaya tak tau seiapa mereka dan tdak dbenarkan bercakap ...

Sepatutnya pelacur memakai tudung dan purdah supaya menutup aibnya
Quote TOPwind 30-1-2021 08:06 PM
white_musk replied at 30-1-2021 10:33 AM
Sepatutnya pelacur memakai tudung dan purdah supaya menutup aibnya

mcm ninjalah atau Kung Fu Yg boleh terbang gitu?
Quote makcun14 31-1-2021 11:54 AM
Entah entah pelacur tu mangsa  human trafficking kena tipu dengan 'agent' ingatkan datang malaysia dapatlah keje bibik ke apa alih alih kena layan nafsu laki miang.
Kesian ok bende macam ni banyak terjadi.

Lihat semua komen(23)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041566 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top