CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Duit Jiran Buat Beli Barang Kemas, Bakinya Siap Bagi Mentua Lagi

29-1-2021 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5469| Komen: 29

Dia hanya seorang suri rumah namun berani memecah masuk rumah jiran dan mencuri RM50,000 sebelum melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Dengan wang itu, dia membeli barang kemas manakala bakinya pula diserahkan kepada ibu mentua kononnya ia hasil kemenangan loteri.


Itu tindakan D Mogana, 24, dari Kuala Pilah yang akhirnya menerima balasan atas perbuatannya apabila Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadapnya.

Majistret Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu terhadap Mogana yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.


Foto: Harian Metro

Tertuduh didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah didiami R Letchmee, 78, dan mencuri wang tunai RM50,000 tanpa izinnya di sebuah rumah di Taman Bahagia Delima, di sini, pada 21 Januari lalu, 7 pagi.


Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 29-1-2021 04:01 PM
byknya aci tu simpan cash dekat rumha, kemain eh ko nak bergaya dgn brg kemas sampai sanggup mencuri, rasakan 4 tahun duduk dalam
Quote MontanaHannah 29-1-2021 04:13 PM
AKu baru nak kata ,tu mesti hindu
Quote Suchi 29-1-2021 04:17 PM
Jarang aci buat jenayah selalu dorang kan baik2 je duk umah jadi hamba laki.

Tp byk tul duit simpan kat umah sampai 50k,napa tak simpan duit kat bank.
La ni sapa simpan cash lam umah byk2 org mikir yg bukan2 ja.
Quote EJALTI 29-1-2021 04:21 PM
Suri rumah dijel empat tahun pecah masuk rumah orang

https://www.sinarharian.com.my/a ... h-masuk-rumah-orang

NORAFIDAH ASSAN | | 29 Januari 2021


Tertuduh dipenjara empat tahun.

KUALA PILAH - Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Jumaat selepas mengaku salah memecah masuk sebuah rumah dan melarikan wang tunai berjumlah RM50,000.


Tertuduh, D Mogana, 24, dijatuhi hukuman itu selepas tertuduh membuat pengakuan tersebut terhadap pertuduhan yang dibacakan hadapan Majistret Saifol Sayoti.

Tertuduh didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah didiami R.Letchmee, 78 dan telah mencuri wang tunai bernilai RM50,000 tanpa izinnya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu lebih kurang jam 7 pagi di sebuah rumah di Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah pada 21 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Quote PEPPERMAN 29-1-2021 04:21 PM
"mencuri wang tunai RM50,000 tanpa izinnya"
Quote CARI-MRO 29-1-2021 04:22 PM
Dia hanya seorang suri rumah namun berani memecah masuk rumah jiran dan mencuri RM50,000 sebelum melarikan diri ke Kuala Lumpur.


Dengan wang itu, dia membeli barang kemas manakala bakinya pula diserahkan kepada ibu mentua kononnya ia hasil kemenangan loteri.


Itu tindakan D Mogana, 24, dari Kuala Pilah yang akhirnya menerima balasan atas perbuatannya apabila Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadapnya.


Majistret Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu terhadap Mogana yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.




Foto: Harian Metro




Tertuduh didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah didiami R Letchmee, 78, dan mencuri wang tunai RM50,000 tanpa izinnya di sebuah rumah di Taman Bahagia Delima, di sini, pada 21 Januari lalu, 7 pagi.


Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote allshares 29-1-2021 04:23 PM
Sempat lagi nk ambik hati mertua, bagi duit kt mertua. Mmg kuat ampu atau sejenis melati minthali
Quote c===8 29-1-2021 04:27 PM
aci2 tua yg nampak selekeh dgn kain batik kdg2 kaya beb, berkepuk cash simpan kat rumah

gua ada kenal mamat india muslim, haritu dia tunjuk cash makcik dia bertingkek2 dlm peti besi
Quote pxlbb 29-1-2021 04:39 PM
Banyaknya jiran simpan duit bawah bantal. Rumah iols rm50 pun susah nak cari. Pegi kedai swippppee
Quote Churchill 29-1-2021 04:41 PM
SubhanAllah

mesti menantu kesayangan ini


Quote CiliPadiSedap 29-1-2021 04:41 PM
kat atas ni miskin duit tp bitcoint dia juta2 lemon.
Quote Churchill 29-1-2021 04:42 PM
pxlbb replied at 29-1-2021 04:39 PM
Banyaknya jiran simpan duit bawah bantal. Rumah iols rm50 pun susah nak cari. Pegi kedai swippppee

dah tuan rumahnya pokai

susah lah nak mencarinya


Quote Boomibulat 29-1-2021 04:57 PM
pxlbb replied at 29-1-2021 04:39 PM
Banyaknya jiran simpan duit bawah bantal. Rumah iols rm50 pun susah nak cari. Pegi kedai swippppee

Sedih sy mendengarnya..
Quote Skuau 29-1-2021 05:15 PM
sapa wartawan tulis ni....'mencuri wang tunai RM50000 tanpa izinnya.......' Ada ore curi minta izin ka???
Quote mamajawie 29-1-2021 05:21 PM
Skuau replied at 29-1-2021 05:15 PM
sapa wartawan tulis ni....'mencuri wang tunai RM50000 tanpa izinnya.......' Ada ore curi minta izin  ...

baru nk komen..ada ke mencuri dengan izin??

Quote kechikchomel 29-1-2021 05:55 PM
Skuau: sapa wartawan tulis ni....'mencuri wang tunai RM50000 tanpa izinnya.......' Ada ore curi minta izin ka???


Kalau dia tulis mengambil tanpa izin tu sedap la sikit baca
Quote dudaberhias 29-1-2021 05:58 PM
Takde safe box ke? Ada 50k tapi takde safe box... Safe box dalam 1k je pun.
Quote shernazz 29-1-2021 06:01 PM
Siaj achi tu..duit kena curi..dah la umur senja senja ni..

Nak je nyanyi lagu fatamorgana ni
Quote sara111 29-1-2021 06:23 PM
Skuau replied at 29-1-2021 05:15 PM
sapa wartawan tulis ni....'mencuri wang tunai RM50000 tanpa izinnya.......' Ada ore curi minta izin  ...

baru nak komen yg sama ... x da editor kah

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048695 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top