Lelaki di China mengaku temberang dijangkiti Covid-19 bagi mengelak dari disaman pihak berkuasa. Menurut Harian Metro yang memetik laporan Global Times, insiden berlaku ketika lelaki dari Yancheng, wilayah Jiangsu itu ditahan kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
Cuba mengelak dari disaman, Hao yang turut melanggar peraturan apabila membonceng individu dewasa (hanya kanak-kanak bawah 16 tahun saja dibenarkan menjadi pembonceng) kemudian menipu kononnya dijangkiti Covid-19. Bagaimanapun, penipuannya itu terbongkar selepas polis menyemak rekod di jabatan kawalan dan pencegahan epidemik tempatan. Hao yang mengaku menipu ditahan selama tujuh hari kerana menghalang tugas polis, namun ia mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan warganet kerana berpendapat hukuman berkenaan tidak setimpal dengan perbuatannya. - CARI
|
ADVERTISEMENT