CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Driver Takde Otak!' - Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Dek Pemandu Buka Pintu Secara Tiba-Tiba

30-1-2021 02:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9028| Komen: 60



Gara-gara tindakan seorang wanita yang membuka pintu kenderaannya secara tiba-tiba menyebabkan penunggang motosikal berusia 38 tahun meninggal dunia akibat digilis lori. 

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.20 tengah hari Rabu, 27 Januari 2021, di Jalan Taming Sari, yang membabitkan tiga buah kenderaan. 

Siasatan awal mendapati, mangsa, Yap Chee San, menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan menghala ke arah Taman Tasik. 

Namun secara tiba-tiba, wanita berusia 52 tahun yang memandu kereta jenis Proton Wira membuka pintu kereta menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar sebelum terjatuh ke tengah jalan dan kepalanya digilis lori di laluan sama. 

Video rakaman dashcam dari kenderaan saksi di belakang turut viral di media sosial yang jelas menunjukkan wanita berkenaan membuka pintu tanpa memeriksa keadaan laluan di belakang menjadi punca kemalangan tersebut. 


Loading FB Post...

Netizen juga berpendapat, tempat letak kereta di tepi jalan terutamanya di laluan utama sudah tidak revelan lagi kerana kepadatan jalan raya meningkat jauh lebih tinggi.

"Harap majlis daerah atau kerajaan peka. Bukan setakat bina kedai dan kutip sewa, cukai serta lesen saja. Saya pasti pengguna jalan raya tidak selesa bila lalu di laluan seperti ini sebab saya juga pengguna jalan raya," katanya. 



Sumber: Kosmo, Info Roadblock JPJ/POLIS, TheReporter
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fuyupoktek 27-1-2021 10:10 PM
Smoga yg bukak pintu kreta tu hidup dlm keadaan x aman sampai mati
Quote JunkMail 27-1-2021 10:11 PM
Penjarakan je lah pompuan bodoh yg bukak pintu kete tak tengok belakang ni. Dah menyebabkan kematian akibat kecuaian yg boleh dielakkan
Quote white_musk 27-1-2021 10:12 PM
Mengapa dia buka pintu?
Quote bakingsoda 27-1-2021 10:12 PM
sejenis bangang men bukak je pintu tak pandang kiri kanan depan belakang, tak pasal2 mati orang tak bersalah
Quote Ed_Lyn 27-1-2021 10:14 PM
JunkMail replied at 27-1-2021 02:11 PM
Penjarakan je lah pompuan bodoh yg bukak pintu kete tak tengok belakang ni. Dah menyebabkan kematian ...

Setuju.. Bodoh betul..  Sebelum buka pintu,  tengok la belakang dulu..  
Quote Ed_Lyn 27-1-2021 10:15 PM
bakingsoda replied at 27-1-2021 02:12 PM
sejenis bangang men bukak je pintu tak pandang kiri kanan depan belakang, tak pasal2 mati orang tak  ...

Ntah2 jenis bangang signal pun tak bagi time nak belokk..
Quote EJALTI 27-1-2021 10:16 PM

Nak keluar dari kereta la , tapi iols rasa dia gelojoh tak tengok depan belakang kiri kanan, atau memang sejenis bodow bebal.
Quote lasagnaklcc 27-1-2021 10:40 PM
Apa yg bersepai tu
Rasanya akak yg bukak pintu tu dlm kotak parking. But still, nak bukak pintu kena tgk dpn blkg jgk.
Quote sukacactus 27-1-2021 11:22 PM
Dah parking betul2 tepi jalan, xreti2 ke nak cek dl ada kenderaan yg mendatang sblm buka pintu?
Quote Xim 27-1-2021 11:30 PM
Tak guna akal masa bukak pintu kete....aku pantang betul org mcm ni.....mcm dia sorg byr roadtax....
Quote belacan_gurl 27-1-2021 11:39 PM
lasagnaklcc replied at 27-1-2021 10:40 PM
Apa yg bersepai tu
Rasanya akak yg bukak pintu tu dlm kotak parking. But still, nak bukak pintu  ...

Otak kot ..sbb tulis kecederaan parah di kepala...mst nyesal kan si pembuka pintu kereta...x pandang belakang
Quote Manjahati 27-1-2021 11:42 PM
X pasal pasal org lain maut
Quote eyansss 27-1-2021 11:43 PM
banyak gila jumpa driver camni...  main bukak ikut dan je...  baik lelaki baik perempuan, tapi majoriti perempuan la...  belum lagi main selamba je tukar lane tak tengok tepi dulu...  banyak kali hampir tergolek...
Quote EvieWanKenobi 28-1-2021 12:05 AM
memang ada je perangai macam ni..
bila honk buat muka blur..
Quote akies 28-1-2021 12:10 AM
Aduii kesiannya..
Trauma la ko makcik sepanjang hayat
Quote Artemesiaa 28-1-2021 09:46 AM
Ramai je yang perangai macam tu stop kereta terus je buka pintu bukan nak peratikan dulu ada motor ke kereta atau ada orang lalu.  Bila berlakunya kemalangan kan ke susahkan diri sendiri dan orang lain.  Di tempat letak kereta sebelah menyebelah dengan kereta lain pun sama.  Di bukanya pintu seluas2 alam macam kat laman rumah sendiri.  Tak pasal2 kadang dan kemeknya pintu kereta yang pakir disebelahnya.
Quote jazaa100 28-1-2021 09:52 AM
babinya ah soh.....bukak pintu tak tgok belakang....
Quote khaly 28-1-2021 10:17 AM
lasagnaklcc replied at 27-1-2021 10:40 PM
Apa yg bersepai tu
Rasanya akak yg bukak pintu tu dlm kotak parking. But still, nak bukak pintu  ...

Memang bersepai otak. Aku dah tgk gambar kejadian. Ingatkan melayu sebab kulit mcm melayu
Quote ciksom 28-1-2021 01:18 PM
Kalau baca berita mcm ni mesti teringat arwah mak long saya.30 tahun dulu.dia nurse bidan.selalu masuk kampung naik motor  cek org berpantang bersalin.Satu hari on the way balik dia terlanggar pintu kereta yg dibuka secara tiba tiba. Dia meninggal.masa tu dia mengandung.bulan puasa.ada lagi kuih dlm raga motor dia bawa balik untuk berbuka.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.036709 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top