CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Maut Dalam Tong Air: Ibu Kandung Pernah Terima Rawatan Psikiatri

31-1-2021 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8742| Komen: 40

Ibu kandung kepada kanak-kanak yang maut selepas dipercayai didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini, pada Jumaat pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata suspek berusia 32 tahun itu bagaimanapun hanya mendapatkan rawatan biasa dan bukan disahkan sebagai pesakit mental.

“Ya suspek pernah mendapatkan rawatan, tetapi sudah lama iaitu pada tahun 2019 lalu.

“Rawatan itu diterima di Hospital Melaka dan hanya rawatan biasa yang mana wanita itu tidaklah (mental) seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Foto: FB

Terdahulu Astro AWANI melaporkan pasangan suami isteri direman tujuh hari selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun hingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Krubong Jaya petang kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat itu, pihak polis menerima panggilan daripada bapa tiri mangsa berusia 38 tahun yang anaknya lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan.

Siasatan polis bagaimanapun mendapati hasil pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa menemui kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan.

Mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Mengulas lanjut, Mohd Sukri menggesa masyarakat untuk menghentikan segala bentuk spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat selain mengganggu siasatan pihak berkuasa.

“Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu kes jenayah menurut kaca mata keadilan sebenar dan bukannya membuat andaian dan spekulasi yang mencacatkan sistem keadilan jenayah dan seterusnya mendatangkan fitnah kepada sistem pentadbiran keadilan jenayah.

“Serah sahaja kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan polis akan memastikan siasatan tersebut dijalankan mengikut undang-undang serta kuasa-kuasa yang diberikan dengan telus, adil dan amanah,” tegasnya.

Sebelum ini, kisah kanak-kanak itu pernah tular pada Oktober tahun lalu apabila keluarga angkatnya yang menjaganya sejak bayi terpaksa menyerahkan semula kanak-kanak malang itu kepada ibu kandungnya.

Kisah itu dikongsikan menerusi satu klip video di laman Facebook yang menunjukkan ibu angkat dan keluarganya menangis teresak-esak ketika mendakap kanak-kanak lelaki yang mesra disapa sebagai "Adik" itu sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asma87 31-1-2021 12:43 PM
Aku Ada baca FB, ada yg rapat dgn mak arwah amir ni cite, mak dia ni dulu kena paksa kawen dgn lelaki tua, pastu kena dera waktu fasa kawen tu. Mmg ada mslh depresi. Tapi....kenapa dia nk jaga amir kalau dia ada rasa benci Kat amir sbb amir hasil dari perkahwinan yg dia trauma.
Quote noor2 31-1-2021 12:44 PM
Orang mental ni bila ada kad OKU mental baru boleh kita sebut mental....mcm kawan perempuan aku....dia pernah pi hospital gila 3 kali.....

Cara depa bersembang dan bg pendapat pun mmg nampak mental...
Quote dudaberhias 31-1-2021 12:47 PM
soo yang kat twitter kata hanya checkup je pernah tu penipu lah yerrr...
betul la kawan2 terdekat kata ibu kandung tu ada sakit mental...
dan2 je orang lain lagi tahu dari kawan orang tu...
Quote Ain_h 31-1-2021 01:17 PM
Al fatihah...
Quote chandrahusin 31-1-2021 01:33 PM
dudaberhias replied at 31-1-2021 12:47 PM
soo yang kat twitter kata hanya checkup je pernah tu penipu lah yerrr...
betul la kawan2 terdekat k ...

“Rawatan itu diterima di Hospital Melaka dan hanya rawatan biasa yang mana wanita itu tidaklah (mental) seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Quote vespa_oren 31-1-2021 01:39 PM
asma87 replied at 31-1-2021 12:43 PM
Aku Ada baca FB, ada yg rapat dgn mak arwah amir ni cite, mak dia ni dulu kena paksa kawen dgn lelak ...

lol kan dia nk kawen, family pompuan tu x bgi, tpi dia kawen gak
Quote salmon-suki 31-1-2021 01:59 PM
dudaberhias: soo yang kat twitter kata hanya checkup je pernah tu penipu lah yerrr...betul la kawan2 terdekat kata ibu kandung tu ada sakit mental...dan2 je orang  ...


Baca elok2 sis..bukannya sah sakit mental,sekadar rawatan biasa..playing OKU carr sama mcm bangsa jinjang
Quote sambaldurian 31-1-2021 02:05 PM
tp boleh jd mak dia ter trigger perasaan jeles kt keluarga angkat. anak asyik ingat keluarga angkat. duduk ngan keluarga mcm senang, mak kandung kena catu.  sbb smpai whatsapp pun nk block. knp nk block. tp muka gambar amir yg jiran dia tangkap, mcm ' dewasa ' dh pandangan jauh amir. mcm simpan masalah.
Quote doubleA 31-1-2021 02:08 PM
Siannya amir. Merasa bahagia seketika dengan family angkat. Beberapa bulan je balik dengan mak kandung, meninggal plak. Dunia ni kejam utk ko nak, damai la di sana
Quote me12345 31-1-2021 02:44 PM
Bukan sakit mental. Cuma gi psikiatri sbb nk luah oerasaan. Aku harap dpt hukuman setimpal atau gantung samoai mati kalau both terbabit..kejam. kalau dh xde hati nk bela anak jgn lah ambik..rasa terpaksa eh bela budak tu..nyusahkan nk hidup dgn laki baru?
Quote matjerk 31-1-2021 02:48 PM
dudaberhias replied at 31-1-2021 12:47 PM
soo yang kat twitter kata hanya checkup je pernah tu penipu lah yerrr...
betul la kawan2 terdekat k ...

Ayat dlm berita tadi.. "suspect menerima rawatan psikiatri biasa.. bukan sebagai pesakit mental"

Naaa dengerin nih
[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4434970263184787&id=131360500212473[/fbp]
Quote white_musk 31-1-2021 02:53 PM
me12345 replied at 31-1-2021 02:44 PM
Bukan sakit mental. Cuma gi psikiatri sbb nk luah oerasaan. Aku harap dpt hukuman setimpal atau gant ...

Ambil kerana mahu bantuan bulanan
Quote EvieWanKenobi 31-1-2021 02:56 PM
jiran cakap pernah dengar budak menangis tapi
disangkakan tangisan biasa..

Quote zidane2011 31-1-2021 02:57 PM
2019 dia pergi rawatan psikitari sebagai pesakit biasa. Boleh jadi dalam masa 2 tahun keadaan mental dia semakin memburuk kot. Wallahualam.

Tapi still, sepatutnya dia x payah amek budak amir tu. Mungkin atas desakan atau mulut2 org? Yela org melayu kan kdg mulut xde insurans. Iols saspek rupa arwah adik amir ni mcm bapaknya. Sbb tu maknya cepat naik angin. Benci ke bapak terbawak2 ke anak.
Quote Belibis 31-1-2021 03:13 PM
Selamat jalan la dik.lepaslah segala karenah dunia,dengan kobid,vaksin,swab test ikut bontot,belajar on9 dari rumah..semua tu amat memenatkan.amanlah kat syurga.
Quote any42 31-1-2021 03:17 PM
terkesan btul dgn kes ni smpai trmimpi2 semlm psl arwah dlm tong air. al-fatihah bt adik amir.
Quote ina_na 31-1-2021 03:17 PM
Aku rs deme saje je ckp mak kandung tu mental.. X nk kn 302.. Entah2 mak dia dah plan awal2.. Org ni jahat mcm2.. Aku dah x blh fkr baik dah..
Quote Decaffeinated 31-1-2021 03:28 PM
Rawatan psikiatri biasa tapi bukan 'mental'? Macam berbelit ja.

Mungkin polis nak cakap gangguan mental tapi tak sampai tahap psychotic. Yang orang kita kata psiko tu kot.
Quote sayawifenikmie 31-1-2021 03:29 PM

memanglah semua pendera ada masalah mental .....  kalau takada masalahmental, tidak lah mendera  anak/suami/isteri/dll ...

sedeh sungguh tengok gambar yg dia termenung dan gambar dlm video tu .... nampak dia sedih (ada samdol mana entah katanamoak macam budak  slow) .. dia sedeh nak berpisah .. tapitakkeluar air mata ..apa lah dibenaknya ketika itu ... sama juga ..apa lah yg difikirnya masa termenung di tingkat tu ... rehatlah sayang .....

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.103540 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top