Hampir setahun pandemik COVID-19 melanda dunia dan hingga saat artikel ini ditulis, lebih 103 juta penduduk dunia telah dijangkiti virus Korona dan seramai 2.2 juta telah meninggal dunia. Antara negara yang kini berada dalam top 5 jangkitan dan kematian tertinggi akibat COVID-19 adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom dan Rusia. Namun, disebalik kes jangkitan dan kadar kematian semakin meningkat setiap hari, masih ada lagi pihak yang mendakwa COVID-19 sebenarnya tidak berbahaya dan hanya seperti selsema biasa sahaja. Malah ada yang mendakwa bahawa vaksin yang dibekalkan untuk mencegah jangkitan adalah lebih berbahaya dari virus COVID-19. Memandangkan isu ini kerap tersebar di laman sosial dan sering menjadi perdebatan dikalangan warganet hingga mengundang pergaduhan dan kekeliruan, seorang doktor tampil mengulas mengenai isu panas ini. Dalam perkongsian video siaran "live" berdurasi satu jam dua belas minit dilaman Facebooknya, seorang doktor yang dikenali sebagai DrMan Ttdi menjelaskan perkara sebenar mengenai COVID-19 dan juga vaksin. Menurut DrMan, kita tidak perlulah bergaduh mengenai bagaimana virus ini wujud sama ada ia dicipta oleh sesuatu pihak, mungkin hanya propaganda, mungkin juga diturunkan dari langit atau bermacam-macam lagi teori konspirasi yang tersebar. Perkara yang perlu kita tahu adalah bahawa Allah telah turunkan ujian ini sama ada virus ini benar atau pun tipu. "Kalau tuan-tuan dan puan-puan pergi tengok sendiri dihospital, dan tidak hanya baca di Facebook atau maklumat yang tersebar di Whatsapp group sahaja, kita akan tahu Covid memang benar-benar wujud dan bahaya. Jangan sekadar tengok maklumat di Google dan kita telan bulat-bulat". "Kita pergi tengok sendiri di wad-wad, tengok sendiri bagaimana doktor bertugas dan bagaimana pesakit sesak nafas dan ada yang meninggal." katanya. DrMan memberitahu rakan-rakannya sendiri yang juga dikalangan doktor telah ramai dijangkiti dan ada yang meninggal dunia disebabkan Covid. "Kawan saya sendiri, Doktor Usman Sani pakar Patologi Hospital Kangar meninggal dunia disebabkan oleh kuman Karona dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki". "Sebenarnya, selagi mana kita tak nampak, tak rasa, tak kena..kita akan kata kuman Covid ini tipu dan juga propaganda. Orang yang tak jadi doktor, tak jadi nurse, tak jadi frontliner, dia tak rasa bagaimana sengsaranya." "Sekarang ni,dekat hospital berlambak-lambak kes doktor dan nurse yang sudah dijangkiti dan telah dikuarantin." "Kita jangan dok kata propa saja melalui bacaan selagi kita tak kena, anak kita tak kena, isteri kita, suami kita, mak ayah kita atau saudara mara kita tak meninggal disebabkan Carona, selagi tu lah kita tak percaya." "Yang terbaru, sahabat kita yang femes Dr. Azizan Osman dan 31 orang keluarganya juga dijangkiti Carona hinggakan mak mertuanya meninggal dunia. Kamu ingat Dr Azizan saja-saja nak pakai tiub, banyak lagi kerja lain dia nak buat" tambahnya. Mengulas mengenai vaksin, DrMan menjelaskan bahawa vaksin adalah bukan ubat untuk merawat Covid tetapi vaksin adalah dihasilkan dari partikel kuman untuk mencegah jangkitan Covid. "Tuan-tuan, kita ada dua cara untuk menjadikan kita imun dari kuman Corona. Nombor satu, kita terkena jangkitan kuman Corona maka badan kita akan ada antibodi yang kuat setelah kuman itu negatif" "Nombor dua, kita bagi kuman yang bukan original yang dinamakan vaksin yang sama seperti kuman original tapi kuman yang telah dilemahkan. Jadi secara tak langsung bila kita cucuk vaksin, badan kita akan melawan kuman tak original itu seterusnya menghasilkan antibodi". Menurut DrMan lagi, apabila mengambil vaksin kadang-kadang akan ada orang yang kena kesan sampingan seperti pening, muntah atau mungkin ada yang akan merasa gejala sama seperti terkena Covid-19 namun kesan sampingannya tidak berbahaya seperti terkena kuman Covid yang original yang boleh membawa maut. Tambahnya lagi, golongan berisiko tinggi seperti warga emas, penghidap kencing manis atau darah tinggi tidak akan diberi vaksin terlebih dahulu dan hanya akan diberi kepada orang yang sihat kerana kerajaan masih belum ada data yang banyak untuk dimonitor. "Jadi vaksin ini dikatakan keberkesanannya adalah diantara 90% hingga 96% bergantung kepada jenis vaksin. Setiap vaksin akan ada kesan samping tapi kesan samping itu tidak berbahaya seperti dijangkiti virus Corona" "Dengarlah dan percayalah cakap saya, janganlah percaya dan dengar perkara tahyul dan bukan-bukan" katanya. DrMan juga menyeru agar orang ramai tidak takut dengan vaksin kerana kita tidak tahu berapa lama kita akan hidup dengan Covid. "Kita mahu hidup seperti dulu kerana pasti ramai yang rindukan solat berjemaah ramai-ramai, rapat-rapat dimasjid setelah sekian lama bersolat Jumaat berjarak. Bukan saja ramai yang hilang kerja serta anak-anak terpaksa belajar "online", kita juga nak terbang pergi menunaikan haji di Mekah." "Percayalah, doktor akan buat yang terbaik. Tidak ada mana-mana doktor nak bagi pesakit dia mati." Diakhir video, DrMan sebak membacakan doa memohon semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dari jangkitan Corona dan keadaan kembali normal. Untuk info, Covid-19 mempunyai 5 tahap jangkitan. Tahap 1: Tidak bergejala (assymptomatic) Tahap 2: Bergejala tanpa radang paru-paru (symptomatic, no Pneumonia) Tahap 3: Bergejala dengan radang paru-paru (symptomatic, Pneumonia) Tahap 4: Bergejala, mempunyai radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen (symptomatic, Pneumonia, requiring supplemental oxygen) Tahap 5: Pesakit kritikal dengan penglihatan multiorgan (critically ill with multiorgan involvement) Menurut laporan oleh KKM, sebanyak 88% daripada mereka yang telah dijangkiti berada pada Tahap 1 dan Tahap 2. Ini jelas menunjukkan kebanyakan daripada pesakit jangkitan ini sama ada tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda Covid-19 atau hanya menunjukkan gejala yang ringan seperti demam dan batuk. 7% peratus daripada keseluruhan pesakit semasa pula berada pada Tahap 3 dan Tahap 4. Manakala sebanyak 5% daripada baki jumlah keseluruhan pesakit berada pada Tahap 5. - CARI Loading FB Post... |
rastaf replied at 31-1-2021 11:45 PM
orang jadi tak percaya sebab 88% yg kena tu tak bergejala dan ada yg siap buat tiktok. itu la punca ...
rastaf replied at 31-1-2021 11:45 PM
orang jadi tak percaya sebab 88% yg kena tu tak bergejala dan ada yg siap buat tiktok. itu la punca ...
rastaf: orang jadi tak percaya sebab 88% yg kena tu tak bergejala dan ada yg siap buat tiktok. itu la punca dia doktor.. pada mereka. peratus kematian tak tin ...
najib888 replied at 1-2-2021 12:06 AM
Kan.. aku dah tanya; berpuluh-puluh komen aku kat YouTube pasai kaitan nanobots particle dgn 5G wa ...
CiliPadiSedap replied at 1-2-2021 12:27 AM
malaysia yang latest pun ada 7G tu pun pakai ford mustang. 5G belum ada lagi.. yang 4G kat malaysi ...
kakikuDibibirmu replied at 1-2-2021 04:37 AM
Tak masuk akal nanochip boleh konek dengan sel otak yang berbilion-bilion
ADVERTISEMENT