Penyanyi Datin Alyah memuat naik foto senaskah al-Quran yang diberikan sebagai mas kahwinnya saat diijabkabulkan bersama Datuk Ramli MS sembilan tahun lalu menerusi perkongsian di Instagram Storynya.
Menurut Alyah, 40, nashkah al-Quran pemberian suami ketika hari bahagia itu menjadi antara bingkisan paling berharga dalam membentuk hidupnya menjadi lebih baik. “Ni al-Quran mas kahwin saya. Quran inilah membentuk saya untuk belajar banyak perkara tentang hidup dan alam akhirat,” tulisnya. Malah, di dalam beberapa posting lainnya, penyanyi Meluruh ini turut menyatakan akan kepentingan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan bernikah dengan maestro muzik popular itu dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia pada 18 Mac 2013. Sumber: Media Hiburan |
sok_suci replied at 1-2-2021 12:01 AM
Acik ni kelakar kan...dah xnk nyanyi lagu merintih meratap utk manusia...tnjuk quran...tapi still su ...
de_ikea: Alhamdulillah. Quran ni dibawa dari batam ke singapura dan ke malaysia. Jauh perjalanan.
ADVERTISEMENT