CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syuk Sahar Rindu Anak-Anak, Harap Doa Netizen Agar Rumah Tangga Kekal

1-2-2021 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6755| Komen: 45

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar meminta pengikutnya di media sosial untuk sama membantu mendoakan rumah tangganya kekal bahagia.

Shuk menerusi perkongsian di Instagram semalam, memuat naik video bertemu lagi dengan dua anak perempuannya, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, berusia setahun untuk melepas rindu.

Katanya, dia sangat merindui keluarga dan anak-anaknya. Malah, Shuk turut bercadang membawa anak-anaknya berjalan-jalan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Foto: IG

"Hari ini dapat jumpa anak-anak sekali lagi. Nanti, lepas PKP kita pergi jalan-jalan tau. Sekarang ini, tak dapat nak jalan-jalan sebab PKP.

"Sebenarnya rindu sangat pada keluarga dan anak-anak saya ini. Bila dapat jumpa macam ini pun dah okay sebenarnya, harap kalian dapat doakan kebahagiaan kami dan semoga semuanya kekal hingga ke syurga," katanya.


Rata-rata warganet yang meninggalkan komen bersimpati dengan Shuk serta memintanya bersabar dan banyakkan berdoa semoga segala urusan dihadapi dipermudahkan oleh Allah SWT.



Terdahulu, tiga hari lalu Shuk juga berkongsi video di Instagram bertemu anak-anaknya dan  mengaku kesilapan diri. Katanya, apa yang berlaku dalam hidup dan keluarganya ketika ini adalah berpunca daripada kesilapan sendiri.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di Instagram isteri Shuk, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendapati wanita itu sibuk membuat 'review' produk kepada pengikutnya.

Menerusi satu video dimuat naik, Rossalennah atau mesra disapa Sera turut memohon maaf kepada pengikutnya berikutan sejak kebelakangan ini dia banyak membuat 'review' produk di Instagram.




"Saya nak mohon maaf, sejak akhir-akhir ini banyak sangat saya buat 'review'. Seperti yang kalian tahu, saya kena teruskan lagi kehidupan.

"Saya tetap kena cari makan, cari rezeki untuk saya, untuk anak-anak dan apa semua," katanya.

Rossalennah juga mengajak wanita-wanita yang berhadapan ujian sepertinya terus bangkit, tabah dan kuat walaupun hati rebah menyembah bumi.

Baru-baru ini, pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Rossalennah tular di media sosial berikutan pendedahan berani dibuat wanita itu yang mendakwa suaminya curang.



Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rossalennah mendedahkan Shuk masih lagi mempunyai hubungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Shuk dan Rossalennah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 1-2-2021 08:35 AM
Halah halah halahh dah terciduk kantoi barulah nak petik pasal anak2. Masa buat hal x ingat ke status tu bapak n laki orang??
Quote emera 1-2-2021 08:46 AM
Sesi menyucikan diri dah bermula.
Quote kawahapi 1-2-2021 08:46 AM
Dah duduk asing ke diaorg ni?
Quote gummiebear 1-2-2021 08:51 AM
Ahh doa lah sendiri
Quote imanjannah 1-2-2021 09:19 AM
setiap kali baca cerita pasal syuk, mesti aku ketawa bila part nama isteri dia
Quote Belibis 1-2-2021 09:23 AM
Tggu ko post dengan sejadah dan tasbih digital dulu.nak buat umrah belum boleh kannn??
Quote rogayahtop 1-2-2021 09:23 AM
Kalau mekah dah bukak boleh la jugak gi umrah mencari ketenangan. Sebulan update kat ig, tunjuk shot berdoa depan kaabah, dekat multazam letak caption ya allah makbulkan doa hambamu yg kerdil dan banyak berdosa ini ya allah, automatik suci sis. Terus lupa kisah jadi stuntman demi fefet
Quote kakigebang 1-2-2021 09:24 AM
ko dah prancik pompuan lain nak suruh org doa kan ko elok balik dgn bini ko? pegi mampos
Quote ladyzens 1-2-2021 09:48 AM
confuse betul sis tgk dorg ni.
sorg nampak dah balik rumah suami balik,
yg fara salleh duk tunjuk screenshot incoming calls byk kemain dr SS
Quote bakingsoda 1-2-2021 09:59 AM
oh sis jangan pandang belakang lagiii, biarkan je babi air ittew hanyut dgn betina murahannya. cam celaka mintak doa tapi usaha ko sekadar mengejar fookee harom gelabah totey lettew hilang job
Quote nordin84 1-2-2021 10:29 AM
sekali curang pun boleh tggl ni kan berkali kali.. ko ingat ko alep aziz haha
Quote cikatilia 1-2-2021 10:46 AM
sendri gatai
tup2 nak netizen doa kan rumah tangga kau

hahahahahaha
vodo
baik kami doakan keluarga kami sendiri
Quote deebiz14 1-2-2021 10:52 AM
Too late kot.

Ramai dah doakan suh bini ko move on mintak cerai. Sampaikan sheols pun dah dimaki oleh netz (lagi2 kat porem  cari nih) sebab bakalan ber-Bella 2.0.  
Quote Pinokiok 1-2-2021 10:53 AM
It's too late dude
Quote rayna_raynes 1-2-2021 10:53 AM
Ntah2 rindu anak je. Bini tak rindu. Jantan ni bukan boleh

Cerai je lah Sera lepas tu kau tuntut rumah besar tu sbg hak anak2. Jgn bg Syuk lepas
Quote Daftpunk_shine 1-2-2021 11:42 AM
Sikit2 mohon doa netizen. Rajin sgt la netizen nk tlg doa tu.
Quote anony-mous 1-2-2021 11:49 AM
ladyzens replied at 1-2-2021 09:48 AM
confuse betul sis tgk dorg ni.
sorg nampak dah balik rumah suami balik,
yg fara salleh duk tunjuk  ...

I purcaya dua2 n i dont think ss akan tggalkan fara gila tu. Never ever.
Quote mamajawie 1-2-2021 11:50 AM
aku doakn bini dia move on je la..kasi ajar skit laki tagune cmni..da bagi pluang msih buat lagi prngai anat dia..si fara lak dok upload incoming call dr gemok ni
Quote dino 1-2-2021 01:02 PM
klau sygkan anak apsl buat hal? ala budus

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.040329 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top