‘Bagai haruan makan anak’, biasanya pepatah ini digunakan bagi seorang ‘bapa’ yang memperkosa anaknya sendiri. Namun, perkara sebaliknya pula berlaku apabila seorang ibu kandung di Indonesia ini tergamak mencabul anak lelakinya yang baru berusia dua tahun.
Memetik laporan iNews Indonesia, suspek yang hanya digelar sebagai NHJ, telah ditangkap oleh pihak polis atas dakwaan mencabul anaknya sendiri. Malah wanita berusia 43 tahun itu dipercayai turut merakam aksi melampaui batas terbabit menerusi kamera telefon miliknya. Kejadian itu dipercayai berlaku pada bulan Jun tahun lalu. Video dirakam oleh suspek seterusnya dikirim kepada si suami yang tinggal bersama isteri pertama di Pulau Lombok sebagai tanda dia menginginkan ‘nafkah batin’ daripada suaminya. Namun disebabkan Covid-19, suaminya tidak dapat memenuhi keinginannya kerana tidak boleh balik ke rumah isteri kedua, iaitu suspek terbabit.
Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila video aksi pencabulan itu tersebar dan diketahui oleh anaknya yang lain. Sejurus itu, perbuatannya itu diberitahu kepada ahli keluarga terdekat yang kemudiannya melaporkannya kepada pihak polis. Tanpa berlengah, pihak polis terus memberkas suspek sebaik sahaja menerima laporan tersebut. Sewaktu penangkapan dilakukan, pihak polis turut merampas video aksi lucah berkenaan, kad memori, dua kad SIM, kad keluarga, serta surat beranak anaknya sebagai bahan bukti. Apa yang lebih mengejutkan adalah, menerusi siasatan pihak polis, tertuduh mengaku nekad mencabul anaknya yang masih kecil itu kerana dia ‘sudah lama tidak dibelai oleh suaminya’, yang terpaksa tinggal berjauhan. Malah, menurut Tribun News pula, suspek dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya bukan sekali, tetapi berkali-kali! “Alasan ibu berkenaan adalah kerana sudah lama tidak dapat nafkah batin daripada suaminya yang tidak pulang akibat pandemik,” jelas pihak polis. Pihak berkuasa memandang serius berkenaan kes tersebut dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia bagi tujuan pemulihan psikologi mangsa yang kini sudah berusia tiga tahun dan dijaga oleh ahli keluarga lain. Menurut pihak polis lagi, suspek akan disabit atas Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak dengan hukuman maksimum 15 tahun penjara bersama denda sebanyak 1/3 dan denda paling banyak lima ribu juta rupiah. Dalam pada itu, si ibu hanya berdiam diri dan dilihat menangis serta tidak mahu mengulas berkenaan kejadian terbabit apabila ditanya oleh pihak wartawan sewaktu di balai polis. Allahuakbar. Sanggup betul dia buat perkara terkutuk terhadap anaknya sendiri. Apalah nasib anak kecil itu nanti. Dasar manusia hidup berpaksikan nafsu! -CARI Sumber: Borak Daily/ Tribun News
|
asma87 replied at 1-2-2021 09:27 AM
Trisha mesti claim kehebatan jamu kalau masuk benang ni
ADVERTISEMENT