CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19 Punya Pasal, Pengantin Lelaki Menangis Tetamu Tak Hadir Majlis

1-2-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2358| Komen: 10

Pengantin mana tidak sedih apabila tiada seorang tetamu pun hadir ketika majlis resepsi perkahwinannya.

Menerusi satu video yang tular, seorang pengantin lelaki di China kelihatan mengesat air mata sambil ditenangkan pasangannya.



Kredit foto: Daily Mail/Douyin

Media melaporkan seperti dipetik Daily Mail, dia juga meminta maaf kepada isterinya kerana tidak dapat memberikan majlis perkahwinan seperti diimpikan pengantin wanita.

Pasangan itu melangsungkan majlis tanpa dihadiri keluarga dan kenalan berikutan penularan pandemik Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Dilaporkan, detik menyedihkan itu dirakam pada 9 Januari laludi Hebei, wilayah berhampiran Beijing.



Wilayah di utara China itu dilaporkan menjadi kluster baharu penularan Covid-19 dalam beberapa minggu lalu.

Sejak 8 Januari, tiga bandar di Hebei termasuk ibu kota Shijiazhuang mempunyai penduduk 11 juta dikenakan perintah berkurung.

Penduduk dilarang meninggalkan rumah kecuali untuk keperluan yang mendesak. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 1-2-2021 11:52 AM
Lain kali datang malaysia lah nak kawin pasti ramai tetamu yang datang!
Quote Tinot7 1-2-2021 11:56 AM
tapau makanan tu, hantaq kat para jemputan, pastu buat resepsi online la deyy...
Quote soslaili 1-2-2021 11:58 AM
Alamak, lakinya hati tisu..
patut si ppuan yg nangis...
Quote soslaili 1-2-2021 11:58 AM
Alamak, lakinya hati tisu..
patut si ppuan yg nangis...
Quote Artemesiaa 1-2-2021 12:06 PM
Kat negara lain pun sama je sekarang.  Contoh dalam kawasan kejiranan tup2 dapat tahu ada jiran dah terima menantu tu pun sebab ada hulur makanan sempena anaknya menikah.  Kalau yang tak ada hulur apa2 senyap sunyi je.
Quote Decaffeinated 1-2-2021 12:56 PM
soslaili replied at 1-2-2021 11:58 AM
Alamak, lakinya hati tisu..
patut si ppuan yg nangis...

Banyak je aku jumpa lelaki macho tapi nanges, perempuan lemah gemalai tapi hati keras.
Quote Decaffeinated 1-2-2021 12:59 PM
Artemesiaa replied at 1-2-2021 12:06 PM
Kat negara lain pun sama je sekarang.  Contoh dalam kawasan kejiranan tup2 dapat tahu ada jiran dah  ...

Jiran aku share gambar kat WhatsApp kejiranan sambil hantar makanan ke rumah.
Quote capiloton 1-2-2021 01:20 PM
Decaffeinated replied at 1-2-2021 12:56 PM
Banyak je aku jumpa lelaki macho tapi nanges, perempuan lemah gemalai tapi hati keras.

soyboy kegemaran wanita akhir jaman  


Quote Mooverine 1-2-2021 01:33 PM
tiada tetamu, tiada angpow.. mungkin sebab tu dia nangis kot..
Quote nanies 1-2-2021 02:49 PM
hahahah ni sedih sbb takde angpow....

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.158197 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top