Berkongsi kisah di media sosial, Jihan berkata, tarikh 1 Februari amat bermakna kerana ia merupakan ulang tahun dirinya mula mengenakan hijab. Jihan yang sudah dua tahun berhijab pada masa sama berdoa agar kekal istiqamah selain terus berusaha melakukan kebaikan buat dirinya dan keluarga.
"1 Februari. Hari ini genap dua tahun saya mengenakan hijab. Semoga dapat terus istiqamah dan memperbaiki diri dalam menjaga aurat zahir dan batin. Mari sama-mama memakai hijab," katanya di Instagram, hari ini. Sejak dua tahun lalu, Jihan mengenakan hijab selain mengaku selesa berbuat demikian walau bekerja dalam bidang hiburan. Katanya, berhijab bukan sahaja menutup aurat malah memudahkan kerana tidak perlu lagi mengambil masa lama untuk bersiap. Sementara itu, Jihan turut mengingatkan kepentingan berhijab yang menjadi tuntutan dalam Islam untuk menutup aurat.
"Hijab tidak membuktikan sejauh mana anda taat kepada agama tetapi, ia menjadi peringatan walau iman berada di tahap rendah, anda masih seorang Islam," katanya lagi. Sumber: ProjekMM |
ADVERTISEMENT