CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sistem Pertahanan, Laman Web Kerajaan Masih Selamat Dari “Anonymous Malaysia”

1-2-2021 10:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1481| Komen: 2

Sistem pertahanan dan laman web kerajaan dalam keadaan selamat daripada sebarang ancaman siber setakat ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengulas ancaman kumpulan penggodam menggelar diri “Anonymous Malaysia” pada minggu lepas untuk menggodam sistem pertahanan negara serta laman web kerajaan.



Kredit foto: IG/FB

“Tiada insiden penggodaman mana-mana laman web kerajaan setakat ini dan kita harap kementerian akan terus selamat daripada digodam,” katanya selepas meninjau sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak.

Pada 29 Jan lalu, polis membuka satu kertas siasatan terhadap “Anonymous Malaysia” yang memberi amaran kedua untuk melancarkan serangan siber selepas ancaman serupa dibuat pada 2017.

Sementara itu, mengulas penugasan sekatan jalan raya dan rondaan bersama polis dalam memantau SOP perintah kawalan pergerakan (PKP), Ismail Sabri berkata, sehingga kini, seramai 3,562 anggota tentera terbabit dalam penugasan Operasi Penawar.


“Seramai 3,027 anggota diatur gerak dalam sekatan jalan raya di seluruh negara, manakala 535 anggota lagi terbabit dalam rondaan Unit MPV dan Pasukan Pematuhan," katanya.


Sumber: FMT


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-2-2021 10:49 PM
You sure?
Quote dua_chzy 1-2-2021 10:51 PM
Akak tak ingat tahun bila, dalam setahun beberapa kali website gomen down kena hacked. Sikit2 down sikit2 down sampai weols menyumpah PTD yang jaga websites KPM tak buat keje ke?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.116713 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top