CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaut Untung RM80,000 Sebulan Jual Baju Tiruan

2-2-2021 12:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1942| Komen: 4



Shah Alam: Sebanyak 3,000 helai baju tiruan jenama Adidas, Nike, Louis Vuitton (LV), Puma dan Chanel dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Selangor dalam Ops Tiru di Bandar Rimbayu, di sini, pagi tadi.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pihaknya menyerbu kediaman eksklusif berpengawal di sini dan menemukan 3,000 baju berkenaan.

"Siasatan mendapati, kediaman itu dijadikan stor simpanan dan pusat jualan secara dalam talian yang disyaki mengunakan suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan secara salah ke atas barangan yang ditemukan semasa pemeriksaan.

"Nilai rampasan barangan yang ditemui adalah RM60,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Muhamad Zikril Azan berkata, ketika serbuan dijalankan, seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun mengakui barangan dirampas miliknya.

"Hasil keterangan, beliau menjalankan urusniaga itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu melalui media sosial seperti Facebook yang mempunyai 30,000 pengikut.

"Lelaki itu memberitahu, baju dijual pada harga antara RM6 hingga RM20 mengikut gred dan kualiti baju berkenaan. Baju itu diimport dari Vietnam melalui penghantaran kurier terus ke rumahnya.

"Dia juga mengaut keuntungan sehingga RM80,000 sebulan hasil daripada jualan secara atas talian dan keuntungan meningkat sejak PKP lalu," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

"Ini adalah kes ketiga bagi tahun ini dan pemilik barangan berkenaan ditahan bagi diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.



Sumber : Harian Metro 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 2-2-2021 05:51 AM
pergh.. tak sangka besar gak untung jual barang2 ni.. buat kt rumah jer, tak perlu sewa kedai
Quote Nana_Man 2-2-2021 07:02 AM
Skrg ada yg jual tudung2 untuk exercise. Siap ada print label Adidas, nike, puma etc... tu pun considered tiruan jgk ke?
Quote LadyCarefree 10-2-2021 07:09 PM
Tangkap lagi. Hapuskan perniagaan sebegini.
Quote ceria611 10-2-2021 08:16 PM
fuhhh masyuk yer jual baju jee

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.177679 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top