CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19: 'Tidak perlu panik kes positif harian yang tinggi sekiranya...'

2-2-2021 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4324| Komen: 23



KUALA LUMPUR: Pakar dasar kesihatan awam, Dr Khor Swee Kheng menyifatkan jumlah kes harian COVID-19 bukan sesuatu yang perlu menjadi keutamaan untuk menilai situasi semasa.

Ini kerana, jelas beliau, angka kes baharu yang didedahkan setiap hari itu tidak memberi gambaran yang tepat dan menyeluruh.

Berikut merupakan perkara yang masyarakat perlu lebih fahami:

1) Jumlah kes COVID-19 harian amat penting, tetapi adakah ia memberi gambaran tepat dan menyeluruh?


- Jawapannya adalah tidak, kerana pandemik itu amat kompleks dan tidak boleh dinilai dengan satu angka sahaja.
- Contohnya, apabila menilai sabun tangan, ia melibatkan lebih daripada satu faktor seperti harga, jenama, kewangian, dan sebagainya.


2) Jumlah kes harian amat bergantung kepada bilangan ujian saringan yang dilakukan.
Oleh itu, lebih banyak ujian yang dibuat, bermakna kita akan mengetahui lebih banyak kes.
Jika kurang ujian saringan, maka kurang kes yang diketahui.


3) Walau bagaimanapun, bilangan ujian saringan harian pula tidak selalu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Maka, susah untuk kita menilai sama ada ujian yang dijalankan adalah mencukupi untuk mencapai sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang daripada lima peratus keputusan positif daripada jumlah ujian.

4) Mungkin ada hikmah di sebalik jumlah kes yang tinggi. Kita dapat mengasingkan pesakit yang dikenal pasti untuk melindungi rakyat lain. Dalam erti kata lain, lebih baik untuk kita mengenal pasti seramai pesakit COVID-19 yang mungkin, untuk diasingkan dan diberi rawatan.


5) 'Jumlah kes harian' yang tinggi tidak akan menimbulkan rasa takut, jika ada maklumat penting lain seperti:
- Jumlah yang bergejala ringan
- Jumlah yang bergejala serius
- Jumlah yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Maklumat penting lain akan memberi gambaran menyeluruh kepada rakyat.


6) Jika ada pelan jangka masa panjang yang mantap untuk menjaga semua pesakit-pesakit COVID-19, maka kita tidak perlu risau atau panik walaupun jumlah kes harian melambung tinggi.

7) Ringkasnya, kita tidak patut terlalu fokus kepada 'jumlah kes baharu harian', kerana ia tidak tepat atau menyeluruh. Ia juga boleh mengelirukan atau menimbulkan panik yang tidak bermanfaat.



8) Adalah lebih baik jika kita fokus pada satu set petunjuk yang memberi gambaran lebih tepat dan menyeluruh untuk pandemik yang amat kompleks.



Sumber : Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 2-2-2021 09:26 AM
masalahnya siapa yg panik sebenarnya..rakyat life must go je aku tengok. lg pun kes tak bergejala paling tinggi  
Quote Belibis 2-2-2021 09:33 AM
Betul jugakkk.takde swab,takde la kes terkumpul.baru tak panik.{:good
Quote uda 2-2-2021 11:56 AM
Cuma yang meninggal banyak dan dari golongan tua dan berpenyakit. Should address this group.
Quote tungkai 2-2-2021 12:18 PM
Kalau tengok kat link Google ni ada estimation test dibuat. By right, lagi banyak test dibuat maksudnya kita dapat capture lagi banyak kes & boleh estimate situasi jangkitan.

Malaysia : 4.7+  million
Indonesia : 6.2+ million
Singapore : 6.3+ million
Thailand : 1.6+ million
Vietnam : 1.4+ million
Philippines : 7.3+ million
Myanmar : 2.3+ million
Bangladesh : 3.6+ million

https://news.google.com/covid19/map?hl=en-MY&mid=%2Fm%2F09pmkv&gl=MY&ceid=MY%3Aen
Quote Artemesiaa 2-2-2021 12:50 PM
Si kuaci pun dah sebut arini tak perlu sampai nak kena lockdown pun.  Patuhi je sop pakai mask, cuci atangah dengan sabun atau guna hand sanitizer, jaga jarak dan elak ke tempat sesak.  Malah kedai makan pun boleh je beroperasi dan pelanggan boleh datang makan sekiranya ia beroperasi dikawasan terbuka katanya.
Quote AbukRokok 2-2-2021 01:16 PM
rastaf replied at 2-2-2021 09:26 AM
masalahnya siapa yg panik sebenarnya..rakyat life must go je aku tengok. lg pun kes tak bergejala pa ...

aku tgk komen rakyat mmg panik je tgk nombor naik dari kes 1000 sampai 5000
dah mcm on the eve of armageddon
Quote AbukRokok 2-2-2021 01:18 PM
tu sbb aku ejek puak2 cybertrooper inciting panik sampai push2 lockdown

#rundupkp3000#
Quote AbukRokok 2-2-2021 01:19 PM
uda replied at 2-2-2021 11:56 AM
Cuma yang meninggal banyak dan dari golongan tua dan berpenyakit. Should address this group.

dari dulu dah ckap... tp number is everything
Quote pu3_rania 2-2-2021 01:20 PM
Artemesiaa replied at 2-2-2021 12:50 PM
Si kuaci pun dah sebut arini tak perlu sampai nak kena lockdown pun.  Patuhi je sop pakai mask, cuci ...

Siapa si 'Kuaci' ni Beb?
Quote Artemesiaa 2-2-2021 01:22 PM

Cer tgk news overc mesti kenal nanti
Quote axl_bach 2-2-2021 01:33 PM
pu3_rania replied at 2-2-2021 01:20 PM
Siapa si 'Kuaci' ni Beb?

Fauci......
Quote pu3_rania 2-2-2021 02:29 PM
Artemesiaa replied at 2-2-2021 01:22 PM
Cer tgk news overc mesti kenal nanti

Alrite....
Quote Simunggu 2-2-2021 02:41 PM
yg penting kes perlu ICU dan perlu bantuan alat pernafasan terkawal...jangan takut keluar menjalankan sektor ekonomi, berkerja, bersosial etc....biar pihak hospital menjalankan kerja mereka...polis/rela dgn kerja mereka...
Quote pu3_rania 2-2-2021 02:43 PM
axl_bach replied at 2-2-2021 01:33 PM
Fauci......

Noted with thanks awak
Hahaha reply kat thread sebelah pasal this fella
Quote aint 2-2-2021 02:43 PM
pe guna pkp/lockdown skrg ni? kes tetap ribu2 ... darurat pe jadah...
Quote Hizert 2-2-2021 04:17 PM
No point pon MCO ni aku rasa. Sblom ni PKP 1.0 dah menyeluruh kot. Tup2 abih MCO kes canak balik. Now even MCO 2.0 yang memang tak menyeluruh kes canak selalu.

Persoalannya, WHAT's THE POINT? Method yang sama dan mengharapkan result yang berbeza? Sampai bila nk MCO kalau cam gini?

Aku setuju pendapat Dr. Khor ni. Brilliant, info yang disampaikan kat kita tak lengkap.

Vavi btol PKP dilanjutkan pulak.
Quote syaz_lina 2-2-2021 04:29 PM
Saya cadangkan supaya Kerajaan jangan panik dan jangan buat swab test banyak2.
Lagi kurang swab, lagi kurang kes. Tiru mcm indon rakyat 250juta, R naught lagi tinggi dari kita, tapi buat 6juta test saja, sama byk dgn singapore yg 6juta je population.
As simple as that..huhuhu nangis dg health dengar
Quote MontanaHannah 2-2-2021 04:53 PM
panik xpanik rakyat memang steady meredah kehidupan.

Tahu sudah kahwin laki xkaya ,isteri  pun terpaksa bekerja

anak-anak perlu makan ,perlu bersekolah, pendidikan ,makan,pakai ,rumah


Quote AniSani 2-2-2021 05:29 PM
nak tahu lebih lanjut tgk movie SONGBIRD..

kita smua akan menuju ke arah lockdown mcm tulah

dan mco atau pkp ni akan berterusan bertahun2 , on off.... off on

EVERYTHING IS ACCORDING TO PLAN

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.046461 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top