Kulim: Seorang lelaki sanggup ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) datang dari Pulau Pinang semata-mata untuk bertemu dengan kekasihnya di daerah ini sebelum dicekup berkhalwat di rumah wanita itu di kawasan perumahan di sini, tengah malam tadi.
Ketika dicekup 12.16 tengah malam, lelaki berusia 36 tahun itu ditemui menyorok di belakang pintu bilik yang disewa kekasihnya. Pegawai Penguatkuasa AgamaKulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat di sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan. Beliau berkata, lelaki berusia 36 tahun itu menetap di Pulau Pinang, manakala wanita berusia 19 tahun itu berasal dari Perak tetapi menyewa di bilik rumah berkenaan. "Hasil pemeriksaan mendapati, mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan dicekup kerana disyaki berkhalwat. "Lelaki itu hanya memberi alasan saja datang untuk tidur di rumah itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Anwar Sharifuddin berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk laporan tangkapan sebelum diambil keterangan. Beliau berkata, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat. "Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
MissVixen: Kulim lagi. Makan apa sampai libido kuat sangat?
Yunbin replied at 2-2-2021 10:49 AM
Rasanya jabatan agama kulim efficient buat kerja ni..sebab tu banyak yg kena cekup
tikusmontok replied at 2-2-2021 12:18 PM
i think so too..state lain tak kuasa nak hendap musim2 covid ni.
lattehazelnut replied at 2-2-2021 03:43 PM
Kat kulim pkp or no pkp pun byk je berlaku
Yunbin replied at 2-2-2021 01:39 PM
Kannn? Silap tempat lain lagu banyak kes cuma tak kantoi je sbb staff ramai wfh or takut nak kelua ...
tikusmontok replied at 2-2-2021 12:18 PM
i think so too..state lain tak kuasa nak hendap musim2 covid ni.
lattehazelnut replied at 2-2-2021 08:11 PM
State lain xpnh lg dgr rentas negeri time pkp utk jumpa gf..
tikusmontok replied at 2-2-2021 08:24 PM
Ada jer...lom kena tgkp..antaranya ofismate iols
ADVERTISEMENT