Pengarah, Shahrulezad Mohameddin berharap agar orang ramai lebih bijak dalam mengawal emosi terutamanya ketika menonton drama terbaru arahannya, Takdir Yang Tertulis. Jelas Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat, dia berasa agak kesal selepas mengetahui ada yang menggelarkan pelakonnya, Datin Elvina Mohamad sebagai pelacur gara-gara watak Ruhils yang dibawakan.
“Guys. Korang pun agak agak la. Ya memang betul apa yg Ruhila buat tu salah. Tu abam setuju. Tapi ada sebab dia jadi begitu. Korang kena tengok sampai habis okie,” tulisnya. Respon tersebut dikongsikan Budak Ijat menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram pada Isnin. Katanya lagi, drama ini sebenarnya mempunyai banyak pengajaran dan salah satu daripadanya adalah untuk tidak terlalu cepat menghukum kesalahan orang lain.
“Drama ni abam harap sedikit sebanyak boleh mendidik kita supaya menjadi empati dan jangan bersikap judgemental melulu. Kadang-kadang abam tak faham dengan kita semua ni,” katanya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan padangan yang sama selain turut memuji drama terbaru arahannya itu. Drama, Takdir Yang Tertulis kini sedang ditayangkan di TV3, pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda. Selain Elvina, drama ini turut dibintangi ramai pelakon hebat lain antaranya Nad Zainal, Nazim Othman, Alvin Chong dan banyak lagi. Sumber: Media Hiburan |
Belibis: Aku paling terkesan cuma tengok ketua kominih dalam filem Bukit Kepong jer..drama2 lain cuma tengok gitu2 jahh
Kurex replied at 2-2-2021 10:13 AM
Peliknya senyuman izati
ADVERTISEMENT