Seorang wanita di Arab Saudi menggemparkan pengguna Twitter selepas memuat naik gambar tangan berlumuran darah. Lapor The Sun seperti dipetik Harian Metro melaporkan, tangan berlumuran darah itu dipercayai milik adiknya yang dibunuh dua abangnya kerana memiliki aplikasi Snapchat.
Dia turut memuat naik video ibunya meraung sebaik jenazah adiknya itu ditemui. Menurut laporan, Manal yang juga kakak mangsa mendakwa abangnya, Ahmed dan Nasir membunuh adiknya dikenali sebagai Qamar, 26, selepas menyedari wanita itu memiliki akaun Snapchat. Manal kemudian didapati memadam beberapa ciapannya di Twitter sebelum kembali menciap mengenai keadaan dirinya. "Selamat pagi, saya sihat dan menyerahkan kes ini kepada undang-undang," ciapnya. - CARI |
ADVERTISEMENT