Dari kecil kita dididik dan diasah minda serta bakat agar dapat membesar dengan kemahiran dan kebolehan tertentu untuk mendapatkan pekerjaan dan menyara diri setelah dewasa.
Walau bagaimanapun, ternyata mencari sumber pendapatan itu bukan hanya bergantung pada pendidikan dan kemahiran seseorang, sebaliknya orang yang kreatif dan pandai mengambil peluang juga mampu menemui pekerjaan yang sempurna untuk diri mereka. Contohnya adalah seorang lelaki dari Jepun ini yang mendakwa dirinya tidak mempunyai apa-apa kemahiran. Selama dua tahun Shoji Morimoto membuat duit dengan cara menyewakan dirinya sebagai seorang yang boleh menjadi teman makan dan minum atau memberi maklum balas sederhana, tetapi tidak lebih dari itu. Pada mulanya dia memberikan perkhidmatan secara percuma kepada sesiapa yang memerlukan pekerja untuk tidak buat apa-apa, tetapi dia kini mengenakan bayaran 10,000 yen (RM 385) untuk setiap permintaan yang diterima. “Diupah sebagai lawan air hockey…” Antara kerja-kerja yang lelaki berusi 37 tahun itu pernah diupah untuk lakukan termasuklah mengambil bahagian dalam sesi permainan video online jika ada kumpulan yang kekurangan pemain, mendengar luahan hati individu yang curang atau melakukan kesalahan, dan menemani seseorang ke Disneyland dengan menaiki helikopter. Lelaki dari Tokyo itu juga mempunyai beberapa pelanggan tetap yang suka dengan personalitinya kerana tidak menilai kehidupan mereka. Kini Shoji menerima lebih dari 3,000 permohonan bagi menggunakan perkhidmatannya untuk tidak buat apa-apa. -CARI Sumber: Himpunan Cerita Lawak
|
ADVERTISEMENT